Lessons from An International Interdisciplinary Conference, Development in the Face of Global Inequalities

Pemerhatian terhadap An International Interdisciplinary Conference, Development in the Face of Global Inequalities di Universitat Pompeu Fabra, Barcelona, Spain.
1. Perasmian bukan oleh Menteri atau VIP tetapi oleh Reputable Scholar;
2. Research majoritinya disokong dengan Quantitative data yang mengagumkan. Ada paper yang data daripada 1500-2016. Memang terasa ketinggalan dari aspek budaya penyelidikan dan disiplin penyelidikan.
3. Semua sesi tepat pada masanya dan semua sesi penuh. Pembentang mematuhi masa dan tidak mengambil masa orang lain.Tanpa ada loceng atau reminder dari penganjur;
4. Penaja iaitu World Society Foundation terlibat secara aktif, hadir dan secara langsung memilih kertas kerja konferen;
5. Sesi pelbagai dan menarik ada keynote address, keynote panel session, sesi selari ada pelbagai forum, bedah buku, reception, debate, pembentangan, author meet critics dll;
6. Hanya minum ringan disediakan, makan berat sendiri penganjur hanya senaraikan beberapa kafeteria terdekat, tiada hadiah atau cenderamata kepada pembentang, moderator mahupun pengucaptama;
7. Sebelum tarikh konferen, pembentang dalam sesi masing-masing sudah tahu dan bincang kertas kerja dan berkongsi idea;
8. Pembentang hormati kepakaran bidang lain dan menolak untuk komen sekiranya tidak berkenaan dengan bidang kepakaran;
9. Konferen sebesar ini hanya diuruskan oleh 5 urusetia. Hanya di hari konferen terdapat beberapa pelajar siswazah membantu dari aspek pendaftaran.
10. Konferen memiliki Jaringan kepintaran daripada pelbagai bidang yang mengagumkan.

12 Mei 2017
Barcelona

 

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox: