Ramadhan 1439H Pemangkin Naratif Baru Pasca PRU14

Ramadhan 1439H Pemangkin Naratif Baru Pasca PRU14

Ramai juga memaklumkan dan menghubungi bahawa Ramalan PRU14 saya menjadi realiti satu persatu seperti dalam 3 artikel yang ditulis khas mengenai ‘Creating Alternative Future Scenario, the Art of Change’ dan ‘New Narrative’. Ikhlas saya katakan ia bukan ramalan Masa Depan tetapi rakyat Malaysia yang MENCIPTA Masa Depan mereka sendiri. “The Best Way to Predict the Future is to Create it”.

Seiring dengan ruh Ramadhan yang bakal ditemui beberapa hari lagi, keperluan Mencipta Naratif Baru Pasca PRU14 adalah sesuatu yang sangat signifikan. Naratif lama bersifat perkauman, prejudis dan ‘politics of fear’ masih, sering dan terus ditiupkan. Sifat ghuluw atau berlebihan ini perlu dibendung dan digantikan dengan dimensi dakwah yang lebih rahmah dan berhikmah. Walaupun tidak dinafikan bahawa keperluan berWASPADA itu harus ada, tetapi ia sepatutnya menaikkan semangat dan motivasi kepada umat Islam untuk lebih berazam mencipta Naratif Baru pendekatan yang penuh rahmah mempertontonkan keindahan Islam itu dengan ilmu dan berHIKMAH.

“Science is organised knowledge, Wisdom is organised life” (Immanuel Kant).

27 Syaaban 1439H
#naratifbarupolitikmalaysia
# Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak

 

Comment (1)

  • Cialisonline Reply

    Zulkiflihasan, thanks so much for the post.Really thank you! Great.

    May 14, 2018 at 3:43 pm

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox: