Futures Thinking, Futures Literacy, Futures Consciousness and Futures Methodology


Futures Thinking, Futures Literacy, Futures Consciousness and Futures Methodology

Antara perkara penting yang dapat dipelajari menerusi Persidangan ‘Futurist’ di Brussel ini ialah peri pentingnya ‘Futures Thinking, Futures Consciousness, Futures Literacy and Futures Methodology’ terutama dalam aspek penggubalan dan perancangan ‘Public Policy’ mahupun agenda dalam ‘Private Sector’. Lebih 40 kajian dari seluruh dunia dibentangkan dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, pendidikan, politik, geo-politik, teknologi, sosial, ‘security and defence’, komunikasi, undang-undang, SDG, ekonomi, ‘energy’, keusahawanan, pengangkutan dan lain-lain. ‘Futures-oriented thinking’ dapat membantu polisi yang dibangunkan lebih strategik dan efisyen serta realistik.

Begitu banyak ‘think thank’, institusi, multinational companies, universiti termasuk kerajaan yang memberi perhatian khusus kepada ‘futures and foresight oriented thinking’. Antaranya, kejayaan Finland pada hari ini adalah kerana faktor Parlimen mereka menubuhkan Committee for the Future yang mengkaji polisi kerajaan agar dapat mendepani masa depan dengan efisyen. Begitu juga dengan OECD, European Commission, US, China, universiti tersohor seperti Oxford, Stanford dan institusi-institusi lain.

Para ‘Futurist’ juga membincangkan sejauh mana metodologi sedia ada yang digunakan adalah relevan dan keperluan menambah baik dan memberi NILAI agar lebih berkesan. Dalam keghairahan dengan kemajuan sains dan teknologi, Persidangan ini seakan merumuskan bahawa untuk manusia terus relevan bersaing dengan ‘AI’ mahupun ‘Machine’ pelaburan dalam sains dan teknologi STEM ataupun STREAM mestilah diseimbangkan dengan pelaburan dalam aspek ‘Humanities, Ethics, Creativity and Imagination’.

Walaupun berpuasa panjang bermula jam 3.10am dan berbuka jam 950pm, musafir Ramadhan kali ini nampaknya begitu bermakna, mempelajari ilmu dan perkara baru yang sangat bermanfaat. Merasakan perlunya ‘Futures Thinking’ ini dibudayakan dan dikuasai oleh dunia Islam. Pembudayaan ini perlu bermula dengan aktivisme dari aspek ‘Futures Literacy dan Futures Consciousness’. UNESCO dan banyak negara telah memulakan pelaksanaan silibus pendidikan ‘Futures Literacy dan Consciousness’ sejak dari Sekolah Rendah dan Menengah. ‘Futures Thinking’ ini sebenarnya bukanlah asing dalam Islam, malahan al Quran dan al Sunnah sudah ada membicarakan perkara ini. Malahan sarjana tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Khaldun juga telah terlebih awal membangunkan beberapa teori yang digunapakai oleh ‘Futurist’ pada hari ini.

Moga bermanfaat.

Brussel
21 Ramadhan 1439H

Kredit kepada Professor Sohail Inayatullah atas gambar yang diberikan bersama dengan Dr Riel Miller, Head of Foresight and Futures Literacy UNESCO.

Comment (1)

  • Nasir Reply

    Menarik sekali. Tumpang baca dan ikuti tulisan Dr. ni pun jadilah. Mabruq .

    June 7, 2018 at 10:53 am

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox: