Recommended Books for the Pilgrims

TUDUHAN LIWAT DAN QAZAF MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG
June 13, 2019
Seminar Dakwah Pasca Malaysia Baharu
September 6, 2019
TUDUHAN LIWAT DAN QAZAF MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG
June 13, 2019
Seminar Dakwah Pasca Malaysia Baharu
September 6, 2019

Bacaan Bermanfaat untuk Jemaah Haji

Selain daripada buku dan kitab mengenai selok belok hukum dan kaedah ibadah haji, adalah sangat baik untuk juga menelaah karya-karya yang juga boleh membuka minda dan mendidik hati. Dari sudut spiritual dan refleksi kembara ilmu, bacaan wajib sebelum musafir ialah tulisan Ali Shariati bertajuk Hajj dan Road to Mecca oleh Muhamamd Asad. Pada saya, karya Ali Shariati yang akhirnya mati dibunuh oleh agen Shah Iran ketika berada di London merupakan nashkah wajib bagi sesiapa yang ingin menziarahi bumi Haramain. Manakala tulisan Muhammad Asad yang berjudul Road to Mecca itu memberikan persoalan yang amat penting untuk dijawab semasa mengunjungi kota Mekah dan Madinah. Mungkin catatan Malcolm X setelah beliau menunaikan haji dan mengunjungi bumi Haramain juga sesuai untuk dijadikan rujukan.

Beberapa buku mengenai sejarah kota Mekah dan Madinah elok ditelaah dan fakta-fakta terkandung dalamnya. Buku seperti Atlas on the Prophets Biography: Places, Nations and Landmarks oleh Shawqi Abu Khalil, Mecca the Sacred City oleh Ziauddin Sardar, Mecca the Blessed, Medina the Radiant: The Holiest Cities of Islam oleh Seyyed Hossein Nasr, karya Safiur Rahman al-Mubarakpuri yang bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtum atau terjemahannya. The Sealed Nectar merupakan antara buku penting mengenai sejarah hidup Rasulullah serta Kota Mekah dan Madinah. Mungkin bagi maksud bacaan ringan, buku sejarah Mekah dan sejarah Madinah oleh Abdul Basit Abdul Rahman boleh dijadikan rujukan.

Untuk memahami kehidupan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam banyak juga buku-buku kontemporari yang ditulis oleh sejarawan Islam mahupun dalam bentuk terjemahan. Sebagai contoh buku “Life of the Prophet Muhammad: Al-Sira Al-Nabawiyya” oleh Ibn Kathir dan juga “The Life of Muhammad: A Translation of Ibn Ishaq: Sirat Rasul Allah” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Selain daripada itu, buku-buku lain yang boleh dirujuk adalah seperti “Prophet Muḣammad and His mission” oleh S. Athar Husain, “Muhammad, the messenger of Islam: His Life and Prophecy” oleh Hajjah Amina Adil, “Mohammed and the Rise of Islam” oleh D. S. Margoliouth, “The Great Prophet a Short Life of the Founder of Islam” oleh F. K. Khan Durrani, “Prophet Muhammad(s) and His Family: A Sociological Perspective” oleh Shamim Aleem, “The Prophet Muhammad: A Biography” oleh Barnaby Rogerson, “Muhammad: Prophet and Statesman” oleh William Montgomery Watt, “Muhammad: Prophet for Our Time (Eminent Lives)” and “Muhammad: Western Attempt to Understand Islam” oleh Karen Armstrong, “Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources” oleh Martin Lings, “Introducing Muhammad” oleh Ziauddin Sardar, “Prophet Muhammad and His Miracles” oleh Bediuzzaman Said Nursi dan “Atlas on the Prophets Biography: Places, Nations and Landmarks oleh Shawqi Abu Khalil.

Antara buku kontemporari yang amat baik mengenai kehidupan Rasulullah ialah karya Tariq Ramadan bertajuk In the Footsteps of the Prophet: Lessons from the Life of Muhammad. Karya Tariq Ramadan ini membicarakan pengajaran daripada kehidupan Rasulullah melalui analisis dan pemerhatian yang lebih segar dan kontemporari. Di samping itu, terdapat juga koleksi rujukan dalam bentuk cakera padat seperti “The Life of the Last Prophet”, sebuah audio biografi oleh Yusuf Islam.

Kesemua koleksi sirah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam di atas diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan faktor ini boleh menjadi penghalang sesetengah individu untuk memahami buku-buku tersebut. Sebenarnya terdapat buku-buku dalam bahasa melayu telah diterbitkan seperti “Biografi Muhammad bin Abdullah” oleh Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abdul Rahman termasuk buku terjemahan seperti Fiqh al-Sirah oleh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, “Sejarah kehidupan Nabi Muhammad” oleh Muhammad Hussein Haykal dan “Sirah Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam: Pengajaran dan Pedoman” oleh Mustafa as-Shibaie. Buku bertajuk “Biografi Agung Rasulullah Sallallahualaihiwasallam” karya Rusydi Ramli al Jauhari juga amat sesuai untuk koleksi keluarga kerana ia ditulis dalam gaya penulisan yang santai disertakan dengan gambar-gambar yang menarik berkaitan dengan sejarah Rasululullah.

Bagi peminat sejarah dan geo-politik, menarik juga untuk dibaca ialah politik dan keadaan sosio-ekonomi bumi Haramain. Dalam aspek ini, karya Robert Lacey bertajuk The Kingdom dan juga The Inside Kingdom menjadi rujukan. Kedua-dua buku ini pernah menjadi buku terlaris di pasaran satu waktu dahulu.

Saya juga ada menulis satu Bab yang agak panjang mengenai bumi Hijaz Mekah dan Madinah di dalam buku Islam di Barat Muslim di Timur.

Moga ada manfaat.

3 Comments

  1. Tahir Mohamed says:

    Di mana boleh saya beli buku ini Dr?

  2. It is very interesting to get acquainted with the history of such ancient cities and find out where they came from and how many different events took place in them.

Leave a Reply to zulkiflihasan Cancel reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support