
Deklarasi Serumpun MALINDO MADANI: Ilmuwan Malaysia-Indonesia Satukan Tekad
September 1, 2025
TikTok Live Eksklusif: Mesej Kemanusiaan & Harapan Umat dari Musa Nuwairy & YB TMA
September 23, 2025












Saya menghadiri Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) bersama warga Jabatan Perdana Menteri. Berita gembira untuk seluruh rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Bagi bukan warganegara, harga tanpa subsidi dikenakan RM2.60 seliter.
Subsidi RON95 bersasar ini dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan mencecah bilion ringgit dan penjimatan ini boleh dikembalikan kepada rakyat – seperti program bantuan langsung Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.








Malaysia, kini antara negara yang mempunyai harga petrol RON95 paling murah di dunia dengan RM1.99 seliter.
Lebih murah daripada negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand, Myanmar, Singapura, Laos dan Kemboja termasuk negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Qatar, UAE, Oman, Iraq, Rusia, Bahrain dan lain-lain.
Lebih mengagumkan, masih antara terendah di dunia walaupun dengan harga tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter. Dengan semangat #MadaniMembantu, inilah contoh pemerintah yang peka dan peduli akan rakyatnya.
Semoga kita terus mempertahankan perpaduan, kesejahteraan dan kemerdekaan tanah air tercinta ini.
Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maksudnya: “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Ar-Rahman: 13)
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam#KitaKawan
#MadaniMembantu#RancakkanMadani