Buku YB TMA Di Kinokuniya, KLCC

Global Sumud Flotilla (GSF) Masuk Zon Merah
October 1, 2025
Turun Stadium & Padang Bola; Tapi Palestin Tetap Di Jiwa – YB TMA
October 1, 2025
Global Sumud Flotilla (GSF) Masuk Zon Merah
October 1, 2025
Turun Stadium & Padang Bola; Tapi Palestin Tetap Di Jiwa – YB TMA
October 1, 2025

Sudah agak lama juga tidak singgah di sini. Ambil kesempatan ada sedikit masa – mengunjungi Kinokuniya, KLCC. Gembira melihat buku terkini saya berada di rak Kinokuniya.

Perasaan yang difahami oleh setiap penulis bila nampak bukunya terpampang di rak kedai buku dan perpustakaan. Jom membaca dan membaca, kemudian menulis.

Pesan Pramoedya Ananta Toer:
Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian“.

Menarik buku ini – “The World After Gaza” oleh Pankaj Mishra. Penulis berasal dari India, keluarga Hindu Brahmin dan begitu mengagumi Israel pada mulanya. Sehinggakan beliau menampal gambar poster Monshe Dayan (Menteri Pertahanan Israel ketika Perang 6 Hari pada 1967) di dinding bilik.

Perspektif beliau berubah terhadap Israel apabila melawat Tebing Barat pada 2008 dan peristiwa 7 Oktober 2023. Dari sungai ke samudera; Palestin bebas selamanya! ✊

Masih ingat jawapan Dr. Peter Blomeyer apabila saya bertanya mengenai kajian Mc Gill University (35,000 orang responden) mengenai tahap penggunaan telefon pintar di 24 buah negara.

Kajian ini menunjukkan bahawa Jerman adalah negara terbaik yang penduduknya dapat menggunakan telefon pintar dengan seimbang bahkan 11.9% bersedia untuk tidak gunakannya.

Dr. Peter berkata, “True wealth is found when you have time to read books” (Kekayaan sejati itu adalah apabila kita mempunyai waktu untuk membaca buku).

Carilah masa untuk membaca sedayanya. “Supremacy” oleh Parmy Olson ini bagus untuk rujukan mengikuti perkembangan, persaingan dan perlumbaan Artificial General Intelligence (AGI).

Sungguh hebat persaingan teknologi, di manakah dunia Islam dan Malaysia dalam peta AGI ini? Sama-sama kita renungkan.

Terus kerja demi umat! ✊Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support