
Cadang tubuh Felo Kenegaraan, bantu rangka agenda negara bangsa – PMX
September 30, 2025
Buku YB TMA Di Kinokuniya, KLCC
October 1, 2025






Alhamdulillah, semalam sekali lagi bersiaran langsung bersama Sdra. Musa Nuwayri di atas kapal Sumud Flotilla. Walaupun disusun dalam masa singkat, siaran langsung tersebut mendapat hampir 15,000 tontonan dan 146,700 likes – menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan mengikuti secara rapat misi bantuan ini.
Terima kasih Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang turut menyiarkan sesi tersebut di platform media sosial mereka. Sudah hampir sebulan Sdra. Musa Nuwayri dan sahabat-sahabat berada di atas kapal.
Kini, kapal-kapal Sumud Flotilla bersiap sedia untuk masuk ke Zon Merah dan terus menuju ke Gaza. Sebak mendengar cerita Musa bagaimana diberitakan rakyat Gaza kini beramai-ramai menanti di pantai dan di tepian laut kapal-kapal Sumud Flotilla. Mereka bernasyid dan berselawat menunggu-nunggu ketibaan semua peserta Sumud Flotilla.
Allahu akbar…
Tidak terbayang perasaan mereka yang sudah sekian lama tidak menerima makanan, ubatan, keperluan harian serta bantuan dari dunia luar akibat sekatan rejim Zionis.
Rakyat Gaza menempuhi jenayah kemanusiaan ‘genocide, ethnic cleansing, apartheid, illegal occupation and crimes against humanity’ berterusan sejak 1948. Ketabahan dan kekuatan rakyat Gaza adalah luar biasa dan menginspirasi dunia.
Dengan semangat #IhsanUntuk Palestin, mendoakan agar Sumud Flotilla selamat sampai dan pulang melaksanakan misi dengan jayanya.









Insya-Allah, malam ini akan ke udara bersama sahabat saya Prof. Dr. Afandi Salleh, Profesor Hubungan Antarabangsa, UNISZA pada jam 9. Kami sama-sama buat Ph.D di Durham University, United Kingdom dan terlibat aktif dengan gerakan masyarakat sivil di sana, termasuk advokasi perjuangan Palestin. 🇲🇾🇵🇸
Saya pernah masuk ke Gaza dan Syria untuk misi bantuan kemanusiaan menerusi jalan darat, Prof. Afandi pula kali ini cuba masuk Gaza menerusi laut. Beliau pernah ditangkap oleh tentera Zionis dan ditahan di Penjara Givon pada 2018 dalam Misi Flotilla.
Alhamdulillah, beliau kemudiannya dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air. Kini, beliau sekali lagi menyertai Freedom Flotilla Coalition dan akan berlayar bersama-sama kapal Sumud Flotilla ke Gaza.
Prof. Afandi juga pernah menjalankan kajian sebagai International Relations Specialist bersama The League of Parliamentarians for Al-Quds, Istanbul dan saya pernah menziarahi beliau di Istanbul, Turkiye pada ketika itu.
Kami juga sama-sama pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor atau Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar, beliau di UNISZA dan saya di UIAM. Saya akan menemubual dan berdialog dengan beliau malam ini.
Cuba merungkaikan beberapa isu dan persoalan mengenai perkembangan terkini Palestin di samping memahami impak Global Sumud Flotilla dan Freedom Flotilla Coalition kepada dunia. Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, jom semua kita tonton siaran langsung khas bersama Prof. Dr. Afandi Salleh.

Insya-Allah, jam 10 malam esok – saya akan tampil dalam Slot Analisis Madani. Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, nantikan temujanji kita di TVAlhijrah! 🇲🇾🇵🇸
Terus kerja demi umat! ✊ Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani