Turun Stadium & Padang Bola; Tapi Palestin Tetap Di Jiwa – YB TMA

Buku YB TMA Di Kinokuniya, KLCC
October 1, 2025
YB TMA Adakan Pertemuan Bersama YADIM & Bahagian Pendidikan Islam KPM
October 1, 2025
Buku YB TMA Di Kinokuniya, KLCC
October 1, 2025
YB TMA Adakan Pertemuan Bersama YADIM & Bahagian Pendidikan Islam KPM
October 1, 2025
Show all

Turun Stadium & Padang Bola; Tapi Palestin Tetap Di Jiwa – YB TMA

Perlawanan Bolasepak Persahabatan – Riadah Madani antara pasukan YB TMA FC menentang Jawatankuasa Hal Ehwal Islam IPT Malaysia (JAHEIS). Kami bermain di Stadium UPM, Sri Kembangan. ⚽🏟️

Sebelum perlawanan bermula, kami solat Isyak berjemaah dan Solat Hajat Khas untuk para aktivis dan pejuang kita yang menggerakkan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla khususnya Sumud Nusantara. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ

Terbayang kepayahan Tn. Hj. Zainal Rashid Ahmad, Farah Lee, Musa Nuwayri, PU Rahmat, Zizi Kirana, Ardell dan ramai lagi yang bertarung dengan segala macam dugaan dan risiko di tengah lautan. πŸ‰πŸŒŠβ›΅

@drzulkiflihasan

Rasa bahagia apabila sahabat saya dari Nagasaki, Jepun – Sdra. Ryo Ukobo πŸ‡―πŸ‡΅πŸ‡²πŸ‡Ύ, sudi tampil sewaktu perlawanan persahabatan Riadah Madani – YB TMA FC menentang JAHEIS. Jom riadah; barulah selesa nak beribadah! βš½πŸŸοΈπŸ† β€’β€’β€’ Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πŸ’ͺ⚑ Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan
@drzulkiflihasan

Perlawanan persahabatan YB TMA FC menentang JAHEIS – berlangsung di Stadium UPM dengan penuh ukhuwah, didahului solat berjemaah dan solat hajat untuk Sumud Flotilla, serta kehadiran pemain import khas dari Nagasaki, Jepun – Sdra. Ryo Ukobo! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡―πŸ‡΅ Selain sukan, program ini membuka ruang kerjasama dengan JAHEIS dalam hal ehwal Islam, sambil menggalakkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan ibadah. ⚽🏟️ β€’β€’β€’ Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πŸ’ͺ⚑ Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Perlawanan di Stadium UPM berlangsung dengan penuh ukhuwah dan semangat kesukanan. Kali ini, pasukan kami diperkuatkan dengan pemain import iaitu Sdra. Ryo Ukobo dari Nagasaki, Jepun. πŸ‡―πŸ‡΅πŸ‡²πŸ‡Ύ Memang hebat dan stamina luar biasa. πŸ‘

Terima kasih JAHEIS, UPM dan semua yang terlibat. Bukan sekadar bermain bola sepak, kami juga meneroka ruang kerjasama dengan JAHEIS untuk program berkaitan hal ehwal Islam.

@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, luang masa bersama keluarga – turun ke Stadium Paroi, tengok perlawanan NSFC lawan Sabah FC. Bangga dengan sokongan padu lebih 20,000 penyokong dan kemenangan bergaya NSFC 3-0. Turut zahirkan solidariti untuk Global Sumud Flotilla – dengan mengenakan mafla Palestin. Sempat berbual dengan YTM Tunku Syed Razman – yang turut menyeru kita semua konsisten menyokong Palestin. β€’β€’β€’ Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πŸ’ͺ⚑ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Alhamdulillah, ada sedikit masa lapang, luangkan masa bersama keluarga menonton perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sabah FC. Kali pertama bawa Isteri tersayang dan anak-anak ke Stadium Tunku Abdul Rahman (STAR) Paroi – sambil tengok bola, kita kukuhkan ukhuwah kekeluargaan. ⚽🏟️

Walaupun saya anak jati Kampung FELDA Sungai Behrang, Tanjung Malim, sudah lama juga menetap di Nilai dan Seremban bersama keluarga – atas tuntutan kerja. Jadi, kalau ada kelapangan, memang saya dan pasukan akan turun menyaksikan aksi NSFC di STAR Paroi.

Tahniah dan terima kasih kepada lebih 20,000 penyokong yang hadir membanjiri STAR Paroi, dengan semangat yang padu. Hebat waghih menang bergaya, 3-0. Lebih manis untuk saya, Arsenal meraih kemenangan lewat, 2-1 ke atas Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James’ Park.πŸ™‚

Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, ambil peluang juga bersolidariti untuk Palestin. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar yang turut hadir menyaksikan perlawanan ada berbual ringkas mengenai Palestin bila nampak saya mengenakan mafla Palestin.

YTM Tunku menyatakan bagus pakai mafla Palestin – menunjukkan solidariti dan banyak negara di dunia sudah mengiktiraf Palestin.

Walau di mana berada, perjuangan Palestin tetap di hati. Doa untuk Sumud Flotilla. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ Dari sungai ke samudera; Palestin bebas selamanya! ✊

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πŸ’ͺ⚑Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support