
Turun Stadium & Padang Bola; Tapi Palestin Tetap Di Jiwa – YB TMA
October 1, 2025
Daurah Hadith 40: Menyemai Ilmu, Meraih Ukhuwah
October 1, 2025







Perbincangan bersama Bahagian Pendidikan Islam KPM (BPI). Turut hadir YDP YADIM, Ustaz Dato’ Dr Hasan Bahrom dan delegasi. Kami sudah mengadakan beberapa kerjasama bersama BPI. Perbincangan menjurus kepada penelitian keberkesanan inisiatif dilaksanakan dan juga merancang usaha baharu yang berimpak tinggi untuk pembangunan pelajar.
Ada projek baharu yang sangat baik akan diusahakan bersama BPI, insya-Allah. Terima kasih YADIM dan BPI.





Terdahulu, saya dan pasukan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi Kampung Dato’ Ahmad Razali, Dengkil. Setiap Jumaat, saya amalkan Solat Jumaat di masjid yang berlainan agar dapat berkenalan dan bertemu dengan seramai mungkin jawatankuasa Masjid dan warganya.
Setakat ini, saya sudah melengkapkan kunjungan di semua Surau Jumaat dan Masjid di Putrajaya. Di Putrajaya sahaja, ada 3 masjid dan 25 surau Jumaat dan puluhan lagi surau komuniti, surau jabatan dan kementerian termasuk surau sekolah.
Alhamdulillah, dapat merapatkan ukhuwah dan selalu juga berprogram dengan Geng Surau Putrajaya (GSP) yang sememangnya aktif dengan pelbagai inisiatif.
Terus kerja, demi umat! Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani