
YB TMA Rasmikan Seminar Inspirasi Wanita MADANI
October 15, 2025
Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Rakyat Malaysia Banjiri Axiata Arena
October 15, 2025











Tempoh hari sewaktu Himpunan Solidariti bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil, saya cukup tersentuh menonton persembahan penuh bertenaga kumpulan Inteam.
Terkenang saat hadir ke Konsert Inteam 25 Tahun: Kasih Kekasih 2025 akan di Idea Live Arena, 3 Damansara, PJ pada 28 September 2025 lepas. Konsert ini adalah perayaan ulang tahun ke-25 Inteam.
Lebih dua dekad menempa nama dalam dunia nasyid tanah air, kumpulan Inteam membuktikan mereka masih relevan dan terus dekat di hati peminat apabila berjaya menarik kehadiran 5,000 penonton.
Malam penuh makna yang menyatukan ihsan, cinta, kasih sayang dan kenangan indah antara Inteam dan peminat setia sejak 1998, ketika para anggota Inteam masih menuntut di alma mater saya – iaitu UIAM.







🎵 Begitu kias cinta. Hadir menghuni jiwa. Menyatu sejuta rasa. Kurnia penuh bermakna… 🎶
Tersentuh apabila anak Almarhum Suhaimi Saad iaitu Sallman Elkhoyri, tampil mendendangkan lagu Kias Cinta yang dipopularkan ayahnya.
Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, Inteam turut menyampaikan mesej solidariti kemanusiaan khususnya kepada Gaza, di mana mereka juga merupakan aktivis NGO Peduli Insan. 🇲🇾🇵🇸
Tertarik dengan gabungan pencahayaan serta teknologi AI yang mengisi layar visual dalam konsert ini. Tahniah Sdra. Hisyam, Sdra. Hazamin, Sdra. Syah dan Sdra. Rahim serta semua kru yang berjaya membawa penonton melalui perjalanan seni Inteam yang panjang, matang dan penuh jiwa.
Ada rezeki-panjang umur, kita jumpa pula di Axiata Arena pada Februari 2026 nanti.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani