
YB TMA Tunai Solat Jumaat Di Masjid Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118
November 17, 2025
SWAT X 2025 Julang Kepimpinan Ilmu Islam Global
November 17, 2025






Terkenang keindahan puncak Kinabalu, sewaktu saya mengetuai Misi Kinabalu pada 31 Ogos 2022. Juga berkesempatan sampai ke Maragang Hill. Sabah memang indah, dan warganya memang budiman dan ramah.
Sedih bila ada yang menghina warga Sabah. Jagalah adab dan tutur kata kita semua.
Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaaf: 18)Dari Jabir Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam bersabda: “Di antara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang BAIK AKHLAKnya“. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam pernah bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia BERKATA BAIK atau DIAM. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berakhlak dan beradablah walau apa yang diperjuangkan kerana sesungguhnya ia akan menambah nilai dan meningkatkan darjat perjuangan bahkan tidak sedikitpun mengurangkan atau mencacatkan nilai sebuah perjuangan.
Jagalah tutur kata, kerana mulut, bukan sahaja badan boleh binasa tetapi masyarakat juga boleh jadi huru hara.
Terus kerja; demi rakyat!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





