YB TMA Sertai Zakat Wakaf Run 2025 Anjuran PPZ & JAWHAR, Di Kuala Lumpur

Malaysia Letakkan Standard Baharu Kepengerusian ASEAN – YB TMA
October 28, 2025
YB TMA Ziarahi Sdra. Faiz Fadzil Di KPJ Seremban
November 17, 2025
Malaysia Letakkan Standard Baharu Kepengerusian ASEAN – YB TMA
October 28, 2025
YB TMA Ziarahi Sdra. Faiz Fadzil Di KPJ Seremban
November 17, 2025
Show all

YB TMA Sertai Zakat Wakaf Run 2025 Anjuran PPZ & JAWHAR, Di Kuala Lumpur

Alhamdulillah, saya sertai Zakat Wakaf Run 2025 anjuran Koperasi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Saya melakukan pelepasan dan turut serta berlari santai 7km dalam hujan.

Lebih 2,000 peserta menyertai larian kali ini. Ramai yang bawa anak-anak dan keluarga, melibatkan beberapa kategori di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bersempena program Kuala Lumpur Car-Free Morning (KLCFM).

Penganjuran acara larian ini signifikan kerana berjaya menggabungkan elemen dakwah, kebajikan, kesihatan dan penyatuan komuniti dalam satu agenda berimpak tinggi demi kelestarian sosioekonomi masyarakat Islam.

Program edisi keempat di bawah penganjuran KoPPZ itu turut diadakan bersempena ulang tahun ke-21 penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), serta sebagai medium penting dalam memperkukuh kehadiran JAWHAR sebagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berperanan memperkasa ekonomi umat Islam khususnya dalam bidang wakaf, zakat dan haji.

Program tahunan itu bukan sahaja meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan zakat serta potensi wakaf sebagai instrumen ekonomi Islam, malah menyediakan ruang interaksi inklusif antara institusi agama, jabatan kerajaan, syarikat korporat dan masyarakat umum.

Saya turut zahirkan penghargaan atas penglibatan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) serta rakan strategik lain yang saya sifatkan mampu memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor korporat dalam membudayakan amal kebajikan serta gaya hidup sihat selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Saya tegaskan bahawa walaupun aktiviti larian ini singkat, kesannya besar dan berpanjangan, khususnya dalam menonjolkan komitmen JAWHAR dalam pembangunan masyarakat serta usaha memperkasa agenda zakat, wakaf dan haji di Wilayah Persekutuan dan seluruh negara.

Tahniah PPZ dan JAWHAR. Meriah dan penuh ceria! 🏃🏻‍♂️Jom riadah; barulah selesa nak beribadah!

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

📸 Sunan dan Shafiq (Media YB TMA)

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support