YB TMA Tunai Solat Jumaat Di Masjid Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118

YB TMA Ziarahi Sdra. Faiz Fadzil Di KPJ Seremban
November 17, 2025
Jangan hina Sabah, jagalah adab & tutur kata kita semua – YB TMA
November 17, 2025
YB TMA Ziarahi Sdra. Faiz Fadzil Di KPJ Seremban
November 17, 2025
Jangan hina Sabah, jagalah adab & tutur kata kita semua – YB TMA
November 17, 2025
Show all

YB TMA Tunai Solat Jumaat Di Masjid Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118

Alhamdulillah, saya dan pasukan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Abdullah dan melakukan tinjauan di Menara Merdeka 118. Kami disambut oleh Dato’ Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.

Beliau turut memberikan taklimat ringkas mengenai Menara Merdeka 118 yang diiktiraf sebagai Bangunan Kedua Tertinggi di dunia.

Memang tinggi, kami nampak semua bangunan berada di bawah Menara Merdeka 118. Malahan KLCC dan Menara KL pun nampak rendah apabila berada di Tingkat 118.

Waktu solat juga berbeza walau di bangunan yang sama kerana perbezaan ketinggian dan masa matahari terbenam. Tingkat lebih tinggi akan masuk waktu solat lewat sedikit.

Kemudian, kami solat di Masjid Sultan Abdullah yang betul-betul berhadapan dengan Menara Merdeka 118. Sangat selesa solat di sini dengan kemudahan yang baharu dan sangat kondusif.

Terima kasih Dato’ CEO, Jabatan Syariah PNB, pengurusan Masjid dan semua. Syukur, dapat berkenalan dan membina ukhuwah.

Terus kerja; demi umat!

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

📸 Shafiq (Media YB TMA)

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support