
YB TMA Sertai Zakat Wakaf Run 2025 Anjuran PPZ & JAWHAR, Di Kuala Lumpur
November 17, 2025
YB TMA Tunai Solat Jumaat Di Masjid Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118
November 17, 2025



Ziarah sahabat saya, Sdra. Faiz Fadzil yang baru sahaja jalani pembedahan. Kami satu batch; sama-sama menuntut di Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM. Beliau kini merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Terima kasih kepada para petugas KPJ Seremban yang semuanya mesra dan profesional. Diiringi doa, moga segera sembuh; insya-Allah.
Daripada Ummu Salamah Radiyallahu ‘anha, bahawa Nabi Sallallahu ‘alayhi wa-sallam bersabda:
إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَMaksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” [Riwayat Muslim (919)]
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





