
‘RETHINKING OURSELVES’ PEMANGKIN MALAYSIA MADANI
December 2, 2025
PMX Rasmikan Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan
March 1, 2026








Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (HAMKA) berlangsung dengan jayanya. Lebih 1,500 jiwa berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan – bukan sekadar hadir, tetapi membawa amanah dan cita-cita ummah. Allahuakbar, luar biasa semangat asatizah muda yang membara dengan ilmu dan keikhlasan.
Anjuran YADIM dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), program ini dihadiri antaranya oleh Daie MADANI, guru KAFA, guru takmir serta mahasiswa pengajian Islam, termasuklah peserta dari Jordan, Mesir, Arab Saudi, Turkiye dan Maghribi secara dalam talian.
Alhamdulillah. Ini bukan sekadar pertemuan, tetapi kebangkitan.
Bukan sekadar program, tetapi satu gerakan. Insya-Allah, kita cetuskan gelombang asatizah muda di Malaysia – membina negara dengan hikmah, memimpin masyarakat dengan adab, dan menyuburkan jiwa ummah dengan cahaya wahyu.









Turut dilancarkan Daei MADANI – sebuah gagasan yang bukan hanya nama, tetapi janji dan tanggungjawab. Penggerak kepada agenda besar asatizah muda, agar dakwah terus segar, relevan dan menyentuh hati zaman.
Doakan agar langkah ini dipandu Ilahi. Agar kita tidak sekadar berbicara, tetapi benar-benar menjadi asbab perubahan. Kerana asatizah muda bukan hanya pewaris, tetapi pencorak masa depan ummah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniBekerja #MadaniMembantu
📸 Shafiq (Media YBM HEA) & Media YADIM





