
YB TMA Beri Penghormatan Terakhir Buat Mantan Ketua Unit Falak Jabatan Mufti WP
June 11, 2025





Sambil memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya, gunakan peluang untuk menunjukkan solidariti Palestin. Kali ini, saya bawa para petugas pejabat untuk bersama-sama ke stadium memberi sokongan kepada pasukan Malaysia.
Nampak semua gembira dan bersemangat. 💪
Pesanan saya, atas semangat #IhsanUntukPalestin, jangan lupa bawa mesej solidariti Gaza. Jangan sesekali putus harapan, lakukan sedayanya walau sekecil-kecilnya untuk saudara kita di Palestin. 🇵🇸


Rasa cukup terharu melihat bagaimana lebih 61,000 penyokong di Stadium Bukit Jalil menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan kesemua mangsa yang terlibat dalam tragedi kemalangan bas di Gerik, yang melibatkan ramai penuntut UPSI.
Tahniah Harimau Malaya kerana menang bergaya 4-0 menumpaskan Vietnam. Malah kemenangan ini juga menamatkan rekod kekalahan 11 tahun, selepas kali terakhir Malaysia menewaskan musuh tradisi itu pada 2014 lalu.
Jurulatih negara, Peter Cklamovski mempertaruhkan tenaga warisan baharu apabila menyenaraikan empat tonggak iaitu Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Facundo Garces sekali gus masing-masing meraih caps pertama di pentas antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya.



Permainan kemas dan berdisiplin dari segenap posisi sama ada pertahanan, tengah, sayap kanan dan kiri dan serangan. Penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi juga cemerlang menyelamatkan beberapa cubaan Vietnam.
Pastinya aksi cemerlang para pemain seperti Arif Aiman, Corbin Ong dan Dion Cools memang memberikan sinar harapan buat penyokong Malaysia.
Namun, masih banyak yang boleh diperbaiki bagi berdepan dengan lawan yang lebih handal pada masa depan.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾