
Tangisan Dalam Pelukan Sultan Nazrin, Tuanku Zara Gamit Air Mata Rakyat
June 11, 2025
YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
June 11, 2025




Seperti dijangka, kapal layar bantuan Madleen dikepung dan aktivis ditangkap. Cuma kali ini, dunia dapat menyaksikan secara langsung dan semua mata tertumpu kepada Gaza. Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim ini.
Kapal terbabit turut membawa bantuan seperti beras dan susu formula bayi, lampin pakai buang, produk kebersihan wanita, kit nyah garam, bekalan perubatan, tongkat dan anggota palsu kanak-kanak ke Gaza, sekali gus mencabar sekatan rejim Israel.
Naratif Gaza sudah berbeza, dunia sudah mula sedar genosid dan penghapusan etnik yang berlaku. Madleen mungkin hanya membawa bantuan kemanusiaan yang kecil, tetapi turut membawa suara kemanusiaan yang besar dan lantang.






































Saya mengikuti dekat zeteo.com yang diasaskan oleh Mehdi Hasan. Zeteo ditubuhkan pada awal 2024 setelah beliau digugurkan daripada MSNBC pada akhir 2023. Saya sarankan ikuti zeteo.com untuk dapatkan berita terkini yang boleh dipercayai.
Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, dunia mesti sedar bahawa isu Gaza bukan hanya isu agama, tetapi isu kemanusiaan yang sangat meruncing. Saya menyeru semua pihak untuk bersatu hati bagi memastikan isu penderitaan umat di Gaza tidak akan tenggelam dalam arus kealpaan.
Saya dan pasukan saya – dengan kerjasama pelbagai pihak; akan terus menggerakkan usaha advokasi kesedaran berkenaan Gaza, selain bacaan Yaasin, Doa Qunut Nazilah serta #SolatHajatGaza di seluruh negara.


12 Aktivis Freedom Flotilla ‘Madleen’
Greta Thunberg – Aktivis Sweden
Rima Hassan – Ahli Parlimen Eropah berketurunan Perancis-Palestin
Baptiste Andre – Perancis
Pascal Maurieras – Perancis
Yanis Mhamdi – Perancis
Reva Viard – Perancis
Omar Faiad – wartawan Perancis bersama Al Jazeera Mubasher
Thiago Avila – Brazil
Suayb Ordu – Turkiye
Sergio Toribio – Sepanyol
Marco van Rennes – Belanda
Yasemin Acar – Jerman





