YB TMA Hadiri Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025, Di Kelantan

YB TMA Terima Kunjungan Pimpinan IIFSO & Imam Masjid Pusat Kebudayaan Islam New York 
June 24, 2025
YB TMA Terima Kunjungan Pimpinan IIFSO & Imam Masjid Pusat Kebudayaan Islam New York 
June 24, 2025
Show all

YB TMA Hadiri Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025, Di Kelantan

Menyampaikan perkongsian dalam slot khas Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025. Berlangsung di Pantai Cahaya Bulan Resort, Kelantan. Wakil pelajar dari seluruh negara berhimpun di sini mengikuti program kepimpinan.

Semuanya adalah pelajar terpilih dari negeri masing-masing. Bila saya buka sesi soal jawab, begitu ramai mengangkat tangan ingin bertanyakan soalan. Soalan juga mencabar dan kritikal. Slot saya berakhir lewat malam dengan suasana begitu interaktif dengan peserta.

Melihat kepada potensi, bakat dan semangat anak-anak ini, saya merasa begitu berbahagia kerana yakin Malaysia punya ramai anak muda bakal pemimpin masa depan yang baik. Mendoakan anak-anak ini membesar menjadi pemimpin yang qawiyul amin dan hafizun alim.

Tahniah KPM dan YADIM dan semua yang terlibat!

Kelantan Darul Naim, negeri kelahiran dan kampung halaman isteri saya. Dengan latar belakang Pantai Cahaya Bulan yang cukup indah dan damai. Sebelum ke lokasi program, singgah dulu makan dan minum air kelapa di warung; dengan sahabat-sahabat.

Suasana damai dan tenang waktu senja serta selepas subuh. Ambil ruang masa sebelum berprogram, untuk menikmati persona keindahan tanah air tercinta. Alhamdulillah.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support