YB TMA Terima Kunjungan Pimpinan IIFSO & Imam Masjid Pusat Kebudayaan Islam New York 

YB TMA Tampil Dalam Program Kepimpinan MADANI-Asia Tenggara, di TAMU Hotel
June 24, 2025
YB TMA Hadiri Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025, Di Kelantan
June 24, 2025
YB TMA Tampil Dalam Program Kepimpinan MADANI-Asia Tenggara, di TAMU Hotel
June 24, 2025
YB TMA Hadiri Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025, Di Kelantan
June 24, 2025
Show all

YB TMA Terima Kunjungan Pimpinan IIFSO & Imam Masjid Pusat Kebudayaan Islam New York 

Alhamdulillah, menerima kunjungan Dr. Zakir Ahmed, Imam di Masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), Amerika Syarikat. Antara tokoh muda yang meningkat naik di Amerika. Beliau mendapat Ph.D dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dalam bidang pengajian al-Quran.

Dr. Zakir lah yang mengundang YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) untuk menyampaikan khutbah di Islamic Cultural Center of New York pada September 2023. Dalam masa yang sama, PMX juga turut mensyahadahkan seorang pemuda yang memeluk Islam.

Saya ada bertanya Dr. Zakir mengenai Madani. Menarik cerita beliau ketika berada di Pulau Pinang beberapa hari lalu. Pemandu teksi berbangsa Cina menerangkan kepada beliau usaha kerajaan menyediakan penempatan untuk gelandangan dan yang memerlukan.

Pemandu Cina itu memberitahu bahawa ini adalah Madani. Beliau kagum kerana bukan Muslim pun boleh memahami Madani.

Atas semangat #IhsanUntukPalestin, saya dan Dr. Zakir berbincang mengenai banyak perkara antaranya isu Palestin, latihan imam dan ‘chaplaincy’ dan pendidikan agama khususnya untuk muallaf. Kesedaran mengenai isu Palestin khususnya dalam kalangan anak muda di Amerika adalah sangat positif.

Saya pernah berkhidmat di New York pada 2014-2015 program Fulbright dan berkebetulan ayahanda Dr. Zakir bekerja di salah sebuah restoran berdekatan dengan Fordham University tempat saya mengajar di New York. Saya hadiahkan Dr. Zakir dan anakanda dengan kopiah Madani dan buku saya. Kopiah Madani; hadiah dari hati.

Saya juga menerima kunjungan sahabat saya, Dr. Mostafa Faisal, Secretary General of the International Islamic Federation of Student Organizations (IIFSO). Kami membincangkan beberapa perkara khususnya mengenai agenda generasi anak muda Muslim.

IIFSO mempunyai jaringan ratusan organisasi di seluruh dunia dan sehingga hari ini terus bergerak melebarkan sayapnya berkhidmat kepada ummah.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah


#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support