
YB TMA Tampil Di IKIMfm; Kongsi Perkembangan Sidang Kemuncak Di Doha
September 24, 2025
Reformasi & Kisah Wira Dari Ulu Sungai Bambu
September 24, 2025










Durham University, United Kingdom merupakan tempat saya melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) pada 2009-2011. Dinobatkan antara universiti terbaik di United Kingdom – dan kali ini menewaskan Oxford dan Cambridge.
Durham University memang antara universiti terbaik dan juga tercantik di dunia. Suasana indah, tenang dan damai seperti di kampung.
Saya sempat ambil gambar hanya menggunakan telefon semasa melawat Durham, mendapat undangan menyampaikan Ucaptama di Durham Business School pada 2024.



















Oxford dan Cambridge buat pertama kali dalam 32 tahun tidak tersenarai dalam tiga teratas penarafan universiti terbaik UK oleh The Times and The Sunday Times Good University Guide 2026, masing-masing berkongsi tempat keempat.
LSE kekal di tempat pertama, diikuti University of St Andrews dan Durham University, dengan Durham dinobatkan sebagai University of the Year 2026.
Penarafan ini mengambil kira kepuasan pelajar, pengalaman kampus, kualiti pengajaran, penyelidikan, kelestarian dan prospek kerjaya, dengan metodologi berbeza berbanding The Guardian University Guide.
Jom terus kerja!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani