
Reformasi & Kisah Wira Dari Ulu Sungai Bambu
September 24, 2025
WSSF 2025: Solidariti Palestin di Persada Antarabangsa
September 29, 2025









Alhamdulillah, meneruskan tugasan dan kali ini diberi amanah mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan delegasi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar.
Mesyuarat sangat signifikan dan penting. PMX membawa suara Malaysia dan semua yang cintakan keamanan dan kemanusiaan. Saya jadi saksi betapa konsistennya PMX dalam menzahirkan sokongan padu buat perjuangan rakyat Palestin, sedari dulu hingga kini. 🇲🇾🇵🇸
Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam ini dihadiri oleh para pemimpin OIC, dan didahului Mesyuarat Peringkat Menteri Arab-Islam pada 14 September 2025.
PMX menyampaikan pidatonya menerusi Kenyataan Negara dalam sidang ini, bagi mempertegas sokongan kepada Qatar, perjuangan Palestin, serta pendirian Malaysia mengecam Israel yang mencabuli undang-undang antarabangsa.









Alhamdulillah, selamat mendarat di Doha, Qatar.🛬 Sampai sahaja di Doha, terus bergegas untuk sesi Pre-council Meeting membincangkan persediaan dan persiapan Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam.
PMX mengetuai meja mesyuarat. Turut hadir ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Qatar, TYT Faizal Razali. Semuanya disusun dengan penuh teliti.
Sidang Kemuncak Tergempar yang sangat penting ini diadakan atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan perkembangan terkini membabitkan serangan Israel terhadap Palestin. 🇵🇸🇲🇾🇶🇦


Selepas Solat Subuh, saya luangkan masa beriadah sebentar sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Cuaca agak panas walaupun awal pagi dan suasana sunyi tiada kelihatan sesiapa yang beriadah pada waktu ini.
Siap sedia untuk meneruskan tugasan hari ini dengan penuh semangat. Berdebar juga rasanya menunggu Resolusi atau Tindakan strategik negara Arab dan Islam untuk mendepani keganasan dan kerakusan rejim Zionis.
Moga kali ini akan ada perubahan signifikan permulaan yang menuju cahaya pengharapan, insya-Allah. Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, Malaysia sudah pasti menyuarakan ketegasan dan cadangan sebaiknya.







Kehadiran PMX kali ini adalah atas jemputan Emir Qatar, susulan perkembangan terkini membabitkan serangan udara biadab rejim Zionis – yang menyasarkan pemimpin Hamas di Qatar.
PMX dijadual menyampaikan Kenyataan Negara bagi menegaskan pendirian tegas Malaysia, bahawa keamanan serantau dan dunia terancam sekiranya rejim Israel terus mencabul undang-undang antarabangsa, Piagam PBB dan kedaulatan sesebuah negara.
Saya dan delegasi di Qatar mendoakan semoga semua mangsa banjir yang terkesan di seluruh negara, dilindungi Allah Subhanahu wa-Ta’ala.















Alhamdulillah, seluruh dunia Islam sepakat mengutuk kebiadaban rejim Zionis dan bersetuju melaksanakan beberapa tindakan penting yang strategik termasuk di UNGA Oktober ini. Ucapan PMX mendapat tumpuan dan pujian ramai media antarabangsa dan pimpinan dunia kerana berani dan menyarankan cadangan yang tuntas dan praktikal.
PMX menegaskan bahawa kecaman semata-mata tidak lagi memadai. Kenyataan sahaja tidak akan menghentikan bedilan roket dan peluru berpandu.
Dunia mesti bertindak dengan langkah yang nyata dan berani termasuk menamatkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis Israel sehingga kekejaman dihentikan dan hak Palestin dipulihkan.
Cadangan daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan juga sangat bernas. Turkiye bersedia berkongsi kepakaran pertahanan dan senjata kepada negara Islam. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengurniakan keberanian untuk kita melawan kezaliman, serta kekuatan untuk mempertahankan kebenaran dan maruah umat.



𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐏𝐌𝐗) 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀𝐑 𝐀𝐑𝐀𝐁-𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌
🇵🇸🇲🇾🇵🇸🇲🇾🇵🇸🇲🇾🇵🇸🇲🇾
– Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Doha.
– Serangan ini barbarik, langgar undang-undang antarabangsa & cabul kedaulatan Qatar.
– Gaza terus hancur: keluarga lenyap, hospital musnah, anak-anak terkorban.
– Israel isytihar apartheid kekal, tolak kewujudan Palestin.
– Dunia sudah letih dengan kecaman kosong. Masa untuk bertindak tegas.
– Hubungan diplomatik & perdagangan dengan Israel mesti dihentikan.
– Flotilla bantuan ke Gaza mesti sampai, jangan dihalang.



Saya telah meneliti Resolusi atau Final Communique Issued by Arab-Islamic Emergency Summit in Doha. ![]()
![]()
Walaupun ada perbezaan dengan Resolusi sebelum ini, sememangnya Resolusi Doha ini juga menerima kritikan hebat pelbagai pihak.
Bahkan, rejim Zionis terus menerus membantai Gaza ketika seluruh pemimpin dunia Islam berhimpun di Doha. Ramai yang kecewa dan marah, juga bukan sedikit yang hilang pengharapan.
Malaysia telah melakukan sedayanya. Bukan hanya menerusi ‘diplomatic engagement’ tetapi juga advokasi luar kerangka diplomasi seperti Sumud Nusantara Flotilla yang dinaungi sendiri YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX).
Kita lihat sendiri setiap kali pertemuan dengan pimpinan dunia, PMX pasti akan menyebut dan membangkitkan isu Palestin. Saya akui meremang bulu roma mendengar ucapan penuh ketegasan PMX ketika Sidang di Doha. Tidak keterlaluan saya katakan ucapan paling jelas dan tegas dengan saranan yang praktikal oleh Malaysia.
PMX dengan penuh ketegasan mengingatkan kepada dunia kutukan demi kutukan dan deklarasi demi deklarasi adalah tidak mencukupi.
“Our people have become weary of words. They have watched us issue condemnation after condemnation, declaration after declaration, while Israel escalates with impunity. As future generations will ask whether we found the courage to act, we do not ask nations to go beyond their basic obligations.”
Membangkitkan usaha masyarakat antarabangsa selain kerajaan dengan menyokong dan menaungi dengan penuh keberanian misi Sumud Flotilla.
“And today, even as we meet, a flotilla sails once more toward Gaza, bearing not the implements of war but the promise of aid for a besieged people. It is a mission of mercy, and we must do all in our power to see that it reaches its shore“.
Lebih berani, PMX menutup ucapan dengan mesej luar biasa mencadangkan menghentikan hubungan diplomatik dan memutuskan hubungan perdagangan dengan Israel.
“Condemnations will not stop the missiles. Declarations will not free Palestine. Severe punitive actions must be put in place. Diplomatic engagements must cease and so must trade relations.”
Mesej Malaysia mendapat liputan positif ramai pihak termasuk pemerhati politik antarabangsa. Negara kecil berjiwa besar, berani dan konsisten memperjuang isu kemanusiaan dan keadilan.
Diakui bahawa Resolusi Doha ini banyak kekurangannya, tetapi mungkin masih ada yang boleh kita ikuti dengan sedikit pengharapan. Misalnya perenggan 18 dan 19.
Perenggan 18: “the adoption by the United Nations General Assembly of the “New York Declaration” on the implementation of the two-State solution and the establishment of an independent Palestinian State, as a clear expression of international will supporting the legitimate rights of the Palestinian people, foremost among them their right to establish their independent State along the lines of 4 June 1967, with East Jerusalem as its capital; and to commend the efforts made by the Kingdom of Saudi Arabia and the French Republic, which contributed to the adoption of this declaration.”
Perenggan 19: Welcome the convening of the Two-State Solution Conference, co-chaired by the Kingdom of Saudi Arabia and the French Republic, to be held on 22 September 2025 in New York, and calls for the concerted efforts of the international community to ensure broad recognition of the independent State of Palestine with East Al-Quds as its capital.
Kita berdoa dan berharap Two-State Solution Conference yang akan dipengerusikan bersama Arab Saudi dan Perancis pada 22 September bersempena Perhimpunan Agung PBB Oktober ini akan membuahkan hasil ke arah penubuhan negara Palestin Merdeka. Pada waktu ini Palestine hanya ‘Permanent Observer State’. Namun, ia bukannya mudah kerana masih bergantung kepada UN Security Council dan lebih utama peranan Amerika Syarikat.
Antara pengajaran yang kita boleh pelajari ialah betapa pentingnya perpaduan dan kestabilan serta kemandirian. Sebahagian besar dunia Islam masih tidak bebas sepenuhnya kerana masih terlalu bergantung kepada pihak asing dari sudut ketenteraan, ekonomi, politik dan teknologi.
Perpaduan mesti diperkukuhkan, kerjasama ekonomi, politik, teknologi dan pembangunan perlu diperluaskan dan kestabilan mesti dipertahankan sebaiknya. Kita juga tidak boleh hanya berharap kepada tindakan kerajaan atau negara kerana difahami ada keterbatasannya. Gerakan masyarakat sivil dan advokasi komuniti antarabangsa ‘people to people, people to government’ juga perlu dipergiatkan sedayanya.
Perjuangan masih panjang dan kita tidak boleh hilang fokus mahupun kekecewaan yang melemahkan semangat. Perjuangan mesti diteruskan hingga ke akhirnya.
مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا۟ مَا عَٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُۥ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبْدِيلًا
Maksudnya: Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya). (Surah Al-Ahzab Ayat 23)






Alhamdulillah, selamat sampai dari Doha, Qatar. 🇶🇦🇲🇾🛬 Terus ke Pulau Pinang untuk sambutan Hari Malaysia. Pengalaman penuh bermakna menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam. Mungkin ada yang ‘sceptical’ juga memperkecilkan usaha ini, namun kita mesti berusaha sedayanya.
Kita perlu terus fokus dan tidak punya masa lagi untuk melayan perkara yang remeh temeh. Perjuangan ini bukan semudah yang disangka, ia memerlukan keberanian, kebijaksanaan, hikmah, istiqamah serta keikhlasan.
Malaysia sudah menyuarakan pandangan tegas dan jelas, resolusi pun sudah dipersetujui negara-negara Islam. Kesatuan umat Islam sememangnya didambakan.
Kita tunggu juga United Nations General Assembly Oktober ini. Doakan moga ada cahaya dihujung terowong menyaksikan Palestin merdeka.









Memerhati dengan penuh minat perkembangan di Timur Tengah. Turkiye dan Mesir akan mengadakan latihan laut bersama buat pertama kali dalam 13 tahun pada 22-26 September ini di Laut Mediterranean Timur, menandakan pemulihan hubungan selepas lama tegang.
Hubungan kedua-dua negara pulih sejak 2023 dengan pelantikan semula duta, lawatan pemimpin, serta kerjasama menentang operasi ketenteraan Israel di Gaza.
Kerjasama Turkiye-Mesir ini adalah sangat strategik. ![]()
![]()
Turkiye mempunyai armada tentera yang hebat dengan teknologi ketenteraan yang terkehadapan. Mesir juga memiliki armada tentera terbesar di Afrika.











Baru-baru ini juga kita menyaksikan kerjasama ketenteraan antara Arab Saudi-Pakistan. ![]()
![]()
Kedua-dua kuasa besar yang memiliki senjata nuklear ini menandatangani perjanjian pertahanan bersama.
Tindakan itu secara langsung mengukuhkan lagi kerjasama keselamatan yang telah terjalin sejak berdekad lalu. Pakatan itu dimeterai hanya dua hari selepas Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam diadakan, berikutan serangan Israel terhadap ibu negara Qatar, Doha, pada 9 September lalu. Moga ada perubahan positif bukan hanya ‘condemnation’ atau ‘declaration’.
Kita menyaksikan beberapa tindakan positif hasil Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam baru-baru ini. Hakikatnya, perlu lebih banyak kerjasama sebegini antara dunia Islam, insya-Allah. Terus memerhati dan mengikuti dengan dekat perkembangan ini.
Mohon doakan setulusnya. Hasbunallah wanikmal wakil.
Dari sungai ke samudera; Palestin bebas selamanya! 🇵🇸🍉Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





