Reformasi & Kisah Wira Dari Ulu Sungai Bambu

Durham University – Alma Mater YB TMA Diiktiraf Antara Universiti Terbaik United Kingdom
September 24, 2025
YB TMA Iringi PMX Ke Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar
September 24, 2025
Durham University – Alma Mater YB TMA Diiktiraf Antara Universiti Terbaik United Kingdom
September 24, 2025
YB TMA Iringi PMX Ke Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar
September 24, 2025

Di mana Wira?
Aku rindu pada bicaranya yang selalu menggetar jiwa
Katanya, setelah bersengketa dengan Mamak Bendahara
Wira bertapa di gua panjaraga, berguru di ulu Sungai Bambu
Tapi aku pasti Wira akan kembali; dengan lebih sakti lagi!

– Almarhum Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H/2018.

Pada 6 September 1998, Gerakan Reformasi Rakyat telah dilancarkan bertempat di Pusat Latihan ABIM (sekarang Kolej Dar al-Hikmah). Gerakan ditubuhkan susulan daripada gejala fitnah serta ketidakadilan berlaku susulan daripada pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Premisnya jika tokoh yang pernah berperanan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia boleh diaibkan dan dizalimi sebegitu rupa, bagaimana pula dengan nasib rakyat terbanyak pada ketika itu.

Gerakan Reformasi Rakyat dilancarkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM); Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI); dan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Sorakan “Reformasi” telah dilaungkan oleh Almarhum Prof. Dr. Saharuddin Badaruddin (Setiausaha Agung ABIM) pada 6 September 1998.

Pada 21 September 1998, Dr. Shaharuddin kemudian turut ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) di samping tiga pimpinan utama ABIM iaitu Hj. Ahmad Azam Ab Rahman (kini Dato’ – Presiden ABIM), Ustaz Mokhtar Redzuan (Almarhum – Timbalan Presiden ABIM) dan Cikgu Ab Halim Ismail (Naib Presiden ABIM).

Gerakan ini kemudiannya berkembang dan disertai ramai pihak dari pelbagai lapisan masyarakat.

20 September kekal sebagai tarikh keramat – simbol perjuangan Reformasi yang berjaya mengubah politik negara hingga melahirkan Kerajaan MADANI hari ini, 27 tahun kemudiannya.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support