Cadang tubuh Felo Kenegaraan, bantu rangka agenda negara bangsa – PMX

Menyantuni Ilmuwan, Menjulang Peradaban: YB TMA Hadiri Pertemuan PMX Bersama OXCIS
September 29, 2025
Global Sumud Flotilla (GSF) Masuk Zon Merah
October 1, 2025
Menyantuni Ilmuwan, Menjulang Peradaban: YB TMA Hadiri Pertemuan PMX Bersama OXCIS
September 29, 2025
Global Sumud Flotilla (GSF) Masuk Zon Merah
October 1, 2025
Show all

Cadang tubuh Felo Kenegaraan, bantu rangka agenda negara bangsa – PMX

Alhamdulillah, saya mewakili Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – menghadiri Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX).

PMX menyatakan bahawa Kerajaan Madani berhasrat untuk menubuhkan Felo Kenegaraan bagi menghimpunkan tokoh dan pakar pelbagai bidang sebagai rakan strategik kerajaan untuk merangka agenda besar pembinaan negara bangsa.

PMX berkata, inisiatif itu diharap dapat terus memperkukuh latihan kenegaraan dan memperkasakan usaha pembinaan negara bangsa selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Aspek kenegaraan adalah perkara yang sangat penting untuk pembinaan dan pembangunan negara. Usaha dan perancangan yang menyeluruh merentas kementerian, jabatan, agensi, sektor swasta termasuk segmen masyarakat sivil perlu digembleng sebaiknya.

Alhamdulillah, semuanya berada di landasan yang tepat. Memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakannya. Terus kerja demi umat! ✊

Terdahulu, saya hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat Bil. 3 Tahun 2025. Persiapan Persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 6 Oktober ini, insya-Allah.

Sidang ketiga ini selalunya lebih hangat kerana ada Pembentangan Belanjawan.

Saya juga tampil dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX). Persiapan penuh teliti untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 Oktober ini.

Terus kerja demi rakyat! ✊

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support