Menyantuni Ilmuwan, Menjulang Peradaban: YB TMA Hadiri Pertemuan PMX Bersama OXCIS

WSSF 2025: Solidariti Palestin di Persada Antarabangsa
September 29, 2025
Cadang tubuh Felo Kenegaraan, bantu rangka agenda negara bangsa – PMX
September 30, 2025
WSSF 2025: Solidariti Palestin di Persada Antarabangsa
September 29, 2025
Cadang tubuh Felo Kenegaraan, bantu rangka agenda negara bangsa – PMX
September 30, 2025
Show all

Menyantuni Ilmuwan, Menjulang Peradaban: YB TMA Hadiri Pertemuan PMX Bersama OXCIS

Alhamdulillah, berbesar hati menerima undangan untuk menghadiri sesi Kunjungan Hormat Oxford Centre of Islamic Studies (OXCIS) kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Delegasi OXCIS disertai HH Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah (Former Prime Minister of Kuwait; Centre Trustee), HE Dr Abdullah Gul (Former President of Turkey; Centre Trustee), Dr. Farhan Nizami (Director, Oxford Centre for Islamic Studies) dan Dato’ Dr Afifi al-Akiti (Kuwait Fellow, Oxford Centre for Islamic Studies).

Saya saksikan sendiri kemesraan dan ukhuwah PMX dengan semua yang hadir khususnya HH Sheikh Dr. Mohammed Al-Sabah dan HE Dr. Abdullah Gul yang merupakan sahabat lama beliau.

Perbincangan ringkas tetapi penuh bermakna.

OXCIS mengundang PMX untuk menyampaikan syarahan di Oxford University bersempena 40 tahun Ulangtahun OXCIS. Hebat.

Raja Charles telah menjadi penaung rasmi OXCIS sejak 1993 dan pada Julai lalu telah merasmikan blok bangunan baharu di OXCIS yang dinamakan secara rasmi sebagai King Charles III Wing.

Dr. Farhan Nizami memberikan penerangan ringkas mengenai perkembangan OXCIS termasuk pembangunan fizikal dan infra terkini.

Sempat juga berbual dengan sahabat saya, TYT Emir Salim Yuksel, Duta Turkiye mengenai pertemuan Presiden Recep Tayyip Erdoğan dengan Presiden Donald Trump baru-baru ini dan juga keadaan pasca Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala permudahkan urusan kita semua, insya-Allah. Terus kerja demi umat! ✊

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support