
YB TMA Rasmikan Pidato Celik Madani Peringkat Kebangsaan 2025, Anjuran YADIM & KPM
October 28, 2025
YB TMA Sertai Zakat Wakaf Run 2025 Anjuran PPZ & JAWHAR, Di Kuala Lumpur
November 17, 2025
















Alhamdulillah, saya sampai awal ke Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. ASEAN’s second renaissance is now. And it is led by Malaysia. Kebangkitan semula ASEAN untuk kali kedua sedang berlaku sekarang. Dan ia diterajui oleh Malaysia. 🇲🇾
“ASEAN menolak untuk menjadi sekadar peserta dalam ekonomi global. Sebaliknya, ia berhasrat untuk mempengaruhinya – membentuk tadbir urus, model ekonomi, dan naratif budaya.
Cita-cita Asia Tenggara melangkaui sempadannya sendiri, berusaha menjadi kuasa yang membawa perubahan positif di pentas dunia.
Kebangkitan ASEAN mesti menghasilkan keputusan yang nyata – memajukan keamanan, keadilan, dan kemakmuran.” – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX).
Sidang ASEAN kali ini dihadiri oleh semua pemimpin utama negara-negara ASEAN dan turut disaksikan Perdana Menteri Kanada, Presiden Brazil, Presiden Afrika Selatan, Presiden Majlis EU dan Setiausaha Agung PBB. 🇨🇦🇧🇷🇿🇦🇪🇺🇺🇳
Sememangnya ucapan yang bernas dan tuntas oleh PMX. Menyentuh mengenai peranan dan masa depan ASEAN merangkumi ekonomi, perjanjian damai Kemboja-Thailand, isu Myanmar, kerjasama tenaga dan AI serta kemasukan Timor Leste sebagai negara ke-11 ASEAN. 🇲🇾🇹🇱




Nampak Presiden dan Perdana Menteri Timor Leste seakan sebak dan beremosi ketika diumumkan secara rasmi sebagai ahli keluarga ASEAN yang baharu. Siapa yang berada dalam Dewan pasti dapat merasakan aura dan kehangatan Sidang Kemuncak ASEAN kali ini. Bangga menjadi rakyat Malaysia. Hidup Malaysia kita!




















Artikel saya diterbitkan BERNAMA dan beberapa portal lain, alhamdulillah. “Malaysia Letakkan Standard Baharu Kepengerusian ASEAN.” Ulasan ringkas setelah hampir setahun Malaysia mempengerusikan ASEAN.
Banyak kejayaan dan impak yang dicapai walaupun kurang setahun menerajui ASEAN. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) juga berulang kali menyebut isu Gaza dan Palestin di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ini termasuk di hadapan Presiden Donald Trump sendiri.
Bukan sempurna tetapi banyak sudut positif yang berjaya dilaksanakan. Semuanya membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Semangat dan ruh the Asian Renaissance idea besar PMX yang dicetuskan sejak 1996 kian dirasakan.


















Sejarah baharu tercipta. Cuba lihat senarai pemimpin dunia yang hadir ke Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC. Malaysia memang mendunia. Belum bermula sidang, kita sudah menyaksikan pertemuan penting antara dua adikuasa dunia iaitu Amerika Syarikat-China. 🇲🇾🇺🇸🇨🇳
Rundingan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat berkisar juga tentang tarif bermula semalam, dan ia diadakan di Menara Merdeka 118 Kuala Lumpur. Pertemuan ini adalah amat penting kerana apa-apa keputusan antara dua kuasa besar ini pasti akan memberi impak kepada dunia termasuk Malaysia dan ia diadakan di Kuala Lumpur.
PMX telah beberapa kali mengadakan pertemuan bersama Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping; manakala pertemuan bersama Trump ini adalah kali pertama di Kuala Lumpur. Untuk Persidangan ASEAN kali ini, Jinping diwakili oleh Perdana Menteri China, Li Qiang. Doakan moga dipermudahkan dan dilancarkan urusan dan semuanya berada dalam keadaan selamat dan sejahtera, insya-Allah.








Sebelum tiba di Malaysia, media antarabangsa melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan bahawa “Trump Warns Israel Could Lose ‘All’ US Support If It Annexes West Bank.”
Kesempatan menaiki kereta bersama telah digunakan oleh PMX untuk membangkitkan kepentingan keamanan di Gaza jika mahu memperkukuh keamanan global dan menamatkan konflik antarabangsa kepada Presiden Trump.
PMX berkata, perbualannya dengan Trump sepanjang perjalanan itu menyentuh pelbagai isu termasuk keperluan menamatkan konflik di Gaza.
Ketika pertemuan dijalankan bersama PMX, Perdana Menteri Malaysia itu secara terbuka dan tegas menggesa Trump terus fokus dalam merintis keamanan di dunia khususnya di Semenanjung Gaza.
Malaysia kekal komited terhadap Pelan Damai Gaza termasuk memastikan laluan bantuan kemanusiaan tidak dihalang dan pembinaan semula wilayah dapat dilaksanakan segera demi keadilan rakyat Palestin.
PMX berkata, selain itu, Malaysia bertegas agar proses pembinaan semula wilayah berkenaan dapat dilaksanakan segera demi keadilan dan maruah rakyat Palestin.
Dalam pertemuan dua hala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, PMX dan Trump turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja serta Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13.
Malaysia dan AS bersetuju memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif, termasuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, pertahanan, teknologi digital dan AI, serta menandatangani perjanjian perdagangan timbal balas dan MoU mengenai mineral kritikal.
Jangan berhenti berdoa untuk Palestin. 🤲🇲🇾🇵🇸 Hasbunallahu wa ni’mal wakīl, ni’mal mawlā wa ni’mal naṣīr. Malaysia Madani mendunia! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾✊
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





