
YB TMA Tampil Di Kongres Ulama & Serahan Watikah Rakan Siswa YADIM Di Terengganu
October 28, 2025
Malaysia Letakkan Standard Baharu Kepengerusian ASEAN – YB TMA
October 28, 2025




























Alhamdulillah, saya hadir sewaktu merasmikan Pertandingan Pidato Celik Madani Peringkat Kebangsaan 2025, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Lebih 2,500 peserta terlibat pada peringkat negeri dan 27 peserta bersaing pada peringkat akhir yang mewakili negeri masing-masing.
Seronok mendengar kupasan anak-anak ini mengenai Madani. Bahkan kupasan dalam slot pidato spontan mereka juga berkualiti. Cukup fasih, petah dan berhujah dengan fakta yang baik.
Pidato Celik Madani sedikit berbeza dengan yang lain kerana melibatkan anak-anak majoriti sekolah harian dan berlatar belakang keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.
Gembira melihat anak-anak ini dapat berpidato dengan cemerlang. Mendoakan semuanya berjaya dunia dan akhirat. Tahniah YADIM dan KPM!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
📸 YADIM





