My Posts


Select Categories

Mahasiswa dan Universiti

Hubungan Mahasiswa dan Universiti Mahasiswa sering dianggap sebagai pelanggan atau customer kepada universiti.  Naratif mahasiswa sebagai pelanggan ini menjadikan hubungan pelajar dengan universiti lebih bersifat komersan dan tidak  mencerminkan hubungan yang sepatutnya. Konotasi pelanggan sentiasa benar atau Customers are always right dan pelanggan adalah Raja mempengaruhi dinamika hubungan dan perspektif umum pelajar dan universiti. Universiti dianggap sebagai institusi yang memberikan perkhidmatan dan pelajar sebagai pelanggan berhak menentukan bentuk perkhidmatan  yang diperlukan. Hasilnya, suasana yang diwujudkan di universiti  seakan premis perniagaan bukan institusi keilmuan.  Dalam konteks ini, kita dapat [...]

WELCOMING 2020: A WORD FROM THE DEPUTY RECTOR (STUDENT DEVELOPMENT AND COMMUNITY ENGAGEMENT), IIUM

WELCOMING 2020: A WORD FROM THE DEPUTY RECTOR (STUDENT DEVELOPMENT AND COMMUNITY ENGAGEMENT), IIUM Assalammualaikum and greetings from the Office of the Deputy Rector (Student Development and Community Engagement), IIUM. A year ago, the International Islamic University Malaysia (IIUM) launched a new strategic plan entitled The Way Forward. Many initiatives were introduced and translated accordingly into various projects and developments on and off the campus grounds. The institutional mission and vision were consequently reiterated and this gave birth to a fundamental [...]

MENCIPTA NARATIF BAHARU AKTIVISME MAHASISWA

MENCIPTA NARATIF BAHARU AKTIVISME MAHASISWA Apabila disebut zaman keemasan atau kegemilangan aktivisme mahasiswa, sudah pastinya ramai yang akan merujuk era 70an. Pada waktu itu, pelajar memainkan peranan begitu signifikan dalam masyarakat dengan berani kehadapan membela nasib rakyat walaupun berdepan pelbagai risiko dan cabaran. Semasa isu kemiskinan di Baling pada 1974, dikatakan 60-90% mahasiswa terlibat dalam aktivisme termasuk demonstrasi khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Universiti Malaya. Namun, setelah pengenalan AUKU, persepsi umum melihat bahawa mahasiswa tidak lagi seagresif era [...]

Universiti dan Masyarakat

Sebagai pendidik saya selalu mengingatkan kepada para mahasiswa betapa pentingnya untuk bersama dan menyumbang kepada masyarakat. Malahan, sebahagian penilaian pemarkahan yang saya bangunkan juga ditentukan berdasarkan sejauh mana tugasan dapat dimasyarakatkan. Mahasiswa perlu dididik ‘hati’ mereka sejak dari awal untuk sentiasa prihatin dan ambil tahu isu masyarakat dan umat. Menteri Pendidikan Malaysia telah menyuarakan dengan tegas hasrat memasyarakatkan universiti dengan satu panggilan penting kepada dunia akademik agar universiti lebih mesra dengan masyarakat. Universiti tidak sewajarnya menjadi kawasan golongan elit eksklusif [...]

MENGARUS PERDANAKAN MESEJ RAHMATAN LIL’ALAMIN

23Aug MENGARUS PERDANAKAN MESEJ RAHMATAN LIL’ALAMIN  By zulkiflihasanMy Story, My Thought, Uncategorized MENGARUS PERDANAKAN MESEJ RAHMATAN LIL’ALAMIN Zulkifli Hasan (Ph.D) ABSTRAK “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (al-Anbiya: 107) Salam Ijtima’ Harakiyy dihulurkan bagi semua warga ABIMN9, Wadah Pencerdasan Umat, PPINS sama ada perwakilan, pemerhati dan juga urusetia.Tidak lupa juga kepada para jemputan dari jauh dan dekat yang sudi hadir bagi memeriahkan Ijtima’ Harakiyy seiring dengan Muktamar Sanawi ke-42 ABIMN9 dan ke-10 Wadah Pencerdasan Umat Negeri Sembilan. Semoga kehadiran kita ini [...]

Fiqh al-Ta’ayush dan al-Muwatanah Dalam Naratif Baharu Malaysia

 Fiqh al-Ta’ayush dan al-Muwatanah Dalam Naratif Baharu Malaysia Zulkiflihasan.com Pendahuluan 1.         Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bersama menjayakan Seminar Dakwah Pasca Malaysia Baharu 2019, sebuah Majlis Ilmu bertemakan Pembinaan Negara Bangsa Dalam KerangkaFiqh al-Ta’ayush dan al-Muwatanah: Pendekatan Manhaj Maliziy. Lebih bermakna lagi apabila Seminar ini diadakan setelah setahun berlakunya perubahan lanskap politik Malaysia dan setelah 62 tahun menyambut kemerdekaan. Adalah suatu penghormatanbagi saya untuk beradadi Seminariniyang khusus dianjurkan untukmembina dan mencetus kefahaman dan kesedaran mengenai teori, konsep, falsafah dan aplikasi Fiqh al taayush [...]

Seminar Dakwah Pasca Malaysia Baharu

SEMINAR DAKWAH PASCA MALAYSIA BAHARU* *Anjuran: ABIM Negeri Sembilan* 📌Pada: 15 SEPTEMBER 2019 📌Hari: AHAD 📌Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengahari *Pendaftaran PERCUMA.* *Bertempat di:* *Dewan kompleks Tarbiyah Islamiah*,*Gedong Lalang 162, Ampangan SEREMBAN*.  UcaptamaProf. Madya Dr. Zulkifli Bin Hasan Syarahan olehAl-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor.  Orang ramai dijemput hadir

Recommended Books for the Pilgrims

Bacaan Bermanfaat untuk Jemaah Haji Selain daripada buku dan kitab mengenai selok belok hukum dan kaedah ibadah haji, adalah sangat baik untuk juga menelaah karya-karya yang juga boleh membuka minda dan mendidik hati. Dari sudut spiritual dan refleksi kembara ilmu, bacaan wajib sebelum musafir ialah tulisan Ali Shariati bertajuk Hajj dan Road to Mecca oleh Muhamamd Asad. Pada saya, karya Ali Shariati yang akhirnya mati dibunuh oleh agen Shah Iran ketika berada di London merupakan nashkah wajib bagi sesiapa yang [...]

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox: