Benefiting the Social Networks for Da’wah

Shari’ah Scholars scrutinize Goldman’s sukuk
February 9, 2012
Muslim scholars urge soldiers to disobey Assad’s orders
February 12, 2012
Show all

Benefiting the Social Networks for Da’wah

KHUTBAH JUMAAT USIM

Memanfaatkan Media Sosial Untuk Dakwah

Zulkifli Hasan

إِنّ الْحَمْدَ ِللهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا و مِنْ َسَيّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ

اَللهُمّ صَلّ وَسَلّمْ عَلى مُحَمّدٍ وَعَلى آلِهِ وِأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدّيْن

يَاأَيّهَا الّذَيْنَ آمَنُوْا اتّقُوا اللهَ حَقّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنّ إِلاّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, saya memperingatkan diri saya dan sidang jemaah yang dimuliakan sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah subhanahu wataala dengan sebenar-benar takwa, dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya mudah-mudahan dengan jalan ini kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Ini amat bertepatan dengan firman Allah:

ـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13).

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah sekalian,

Mimbar hari ini ingin mengambil peluang membicarakan secara ringkas khutbah yang bertajuk ”Memanfaatkan Media Sosial Untuk Dakwah”. Seperti yang diketahui, media sosial seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya merupakan satu fenomena kepada masyarakat dunia pada hari ini. Dilaporkan bahawa kini terdapat lebih 500 juta pengguna facebook dan lebih 100 juta pengguna Twitter di seluruh dunia. Di Malaysia, direkodkan lebih 12 juta rakyat di negara ini mempunyai akaun facebook, majoritinya berusia antara 16 hingga 35 tahun. Bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku di dunia Islam termasuk tanahair kita, khutbah pada hari ini akan cuba mengupas potensi dan penggunaan media sosial untuk manfaat Islam.

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,

Sebelum membicarakan ‘manfaat media sosial ini untuk Islam’, adalah amat penting untuk kita umat Islam merujuk kepada hukum menggunakan media sosial sebagai alat untuk berinteraksi. Di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan pandangan bahawa hukum mempunyai laman sosial facebook adalah harus sekiranya digunakan untuk menyampaikan maklumat benar dan berinteraksi dengan orang lain secara berhemah dan adalah berdosa besar dan dilarang dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain. Seiring dengan fatwa ini, khatib berpandangan bahawa hokum yang sama juga terpakai kepada media social yang lain.

Berdasarkan kepada fatwa ini, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan penggunaan media social ini bertepatan dengan kehendak syariat dan seterusnya memanfaatkan laman sosial berkenaan dengan perkara berfaedah, selain mengelakkan diri daripada terdedah dengan sebarang bentuk fitnah, cacian, provokasi yang boleh memudaratkan dan merosakkan ummah.

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,

Teras utama penggunaan media sosial ialah kepentingan Islam dan umum adalah melebihi kepentingan peribadi. Mimbar pada hari ini ingin mengajak sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian untuk memanfaatkan media sosial untuk tujuan dakwah dan menyampaikan risalah Islam. Dakwah kepada Islam adalah antara kewajipan yang dituntut pada setiap umat Islam dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Kewajipan berdakwah ini merangkumi seruan kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dakwah merupakan satu kewajipan yang besar serta menjadi tonggak utama kepada agama di mana ianya menjadi paksi untuk mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Selaras dengan tuntutan ini, ruang yang ada di dalam media sosial ini sewajarnya digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam dan perkara-perkara yang bermanfaat. Dengan akses yang begitu luas dan boleh dilayari atau dibaca oleh pengunjung dari seluruh dunia, media sosial mampu berpotensi untuk menjadi alat atau mekanisme dakwah yang berkesan. Misalnya, pada hari ini umat Islam boleh sahaja melayari laman blog ulama tersohor dunia untuk memahami dan merujuk sesuatu isu yang timbul. Weblog Sheikh Yusuf Al Qaradawy, Tariq Ramadhan, Sheikh Said Ramadan Al Buti, Sheikh Wahbah Zuhailiy dan ramai lagi menyediakan pelbagai informasi dan ilmu yang boleh menambah kefahaman kita kepada Islam.

Dalam konteks USIM, misalnya seorang pensyarah bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu yang dimiliki bahkan boleh menjadikan media social sebagai alat dakwah untuk Islam. Sebagai contoh, jika 100 pensyarah di USIM dapat menerbitkan artikel mengenai Islam dari pelbagai perspektif dan disiplin ilmu dan menyebarkannya dilaman media social, kemungkinan jumlah pembaca 100 makalah ilmu tersebut akan mencecah ribuan malahan jutaan. Begitu juga dengan fungsi menyebarkan program ilmu dianjurkan USIM, jika 8000 pelajar USIM giat aktif mewawarkan dan berdakwah terhadap program-program sebegini, ribuan malahan jutaan orang boleh dicapai tanpa mengeluarkan kos untuk promosi yang sering kali membelenggu.

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah sekalian,

Allah subhanahu wataala memerintahkan umat Islam menyampaikan mesej Islam dengan penuh berhikmah. Hikmah adalah pendekatan terbaik dalam menyampaikan ajaran Islam di samping mempunyai kaitan dengan kesenian berdakwah. Setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk berdakwah dan setiap pendakwah mesti bijak mengenalpasti kaedah dan pendekatan yang sesuai dan efisyen untuk menyampaikannya mesej Islam. Dengan kewujudan teknologi media social ini, sudah pastinya, kita mempunyai ruang dan mekanisma yang sangat efisyen untuk dimanipulasikan bagi menjalankan misi dakwah ini.

Kaedah berdakwah dan menyampaikan risalah Islam melalui media sosial ini sebenarnya amat bertepatan dengan firman Allah subhanahu wataala di dalam al Quran Surah al Nahl ayat 125:

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di dalam Safwat al Tafasir ketika menafsirkan ayat itu, menjelaskan pengertian berdakwah dengan hikmah bermaksud menyeru dan mengajak manusia kepada agama Allah dan syariat-Nya yang suci secara bijaksana, berlemah-lembut dan beradab, sehingga dapat memberi kesan seterusnya diterima dengan sukarela. Bersesuaian dengan ruh ayat ini, menggunakan media sosial sebagai alat dakwah melalui perkongsian ilmu, perbincangan ilmiah, peringatan dan nasihat-nasihat dan sebagainya secara berhemah, bijaksana dan menarik di dalam blog, facebook, twitter merupakan salah satu usaha dakwah yang berhikmah.

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah sekalian,

Sebelum mengakhiri khutbah pertama ini, khatib ingin mengambil kesempatan untuk mengajak sidang Jumaat sekalian untuk bersama-sama mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di seluruh dunia terutamanya di Syria yang kini dikhabarkan dalam keadaan tegang. Semalam sahaja diberitakan 50 nyawa telah terkorban. Menurut laporan kumpulan hak asasi manusia, lebih 8,000 orang maut di mana 513 adalah kanak-kanak dan 435 wanita termasuk jumlah yang cedera melebihi 35 ribu orang sejak revolusi di Syria meletus pada pertengahan Mac 2011. Marilah kita bersama-sama mendoakan dan bermohon kepada Allah agar keselamatan dan kesejahteraan saudara seIslam kita di Syria sentiasa dipelihara.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

Khutbah Kedua

إِنّ الْحَمْدَ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاّ اللهُ وَلِيُّ الصَّالِحِينَ وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا خَاتَمُ الأَنْْْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ., أَمَّابعد

My Dear beloved Jemaah,

On this blessed Friday, let us pray that Allah subhanahu wataala continues to protect our taqwa and our faith. Let us consistently strive to perform all of His commandments and avoid all of His prohibitions. Hopefully, we will be in an excellent condition during our meeting with Allah subhanahu wataala. and Rasulullah sallallahualaihiwasallam in the hereafter.

The topic for today’s khutbah is ‘Benefiting the Social Media for the Sake of Da’wah’. There is no doubt that social media has revolutionized online communication in the last few years. In just over a few years Facebook and twitter for instance have become one of the most popular social networks visited on the internet and today has more than 500 million members and twitter more than 100 million users.

Social media allows people to communicate globally and efficiently. Despite this advantage, there is some misconception surrounding the hukm on the usage of social media. Today’s khutbah will try to address some of these misconceptions and also present some guidance with regards to how this social media can be used for Islam.

My Dear Beloved Brothers,

The first point that I would like to touch here is how social media can be optimally used and utilized for the sake of Islam?

Social media is an excellent tool for da’wah tool. It provides a quick, cheap, efficient, simple and interesting medium of interaction and communication. Through this social media you can simply publish and share posts contain Quranic ayats, hadiths, quotations and advise which other people can benefit from. In fact this information can be circulated within a second to all over the world regardless of races, religions and nationalities. For instance, social media can be used for campaign and promotion in order to raise awareness about particular issues on Islam as well as to inculcate proper understanding on the actual teaching of Islam. The effectiveness of this Social media is empirically proven by referring to the current revolution in the Middle East. The social media such as weblog, facebook and twitter played a key role in the Arab ‘Revolution’ or ‘Uprising’ which first took place in Tunisia and then Egypt where the group founders urged people to protest against the injustice and demand a change.

My Dear Beloved Jemaah,

The second point that I wish to highlight is how has the social media been used wrongly?

Without doubt, there is much evil that takes place on this social media. Many people use the social media to promote illicit music and videos, a culture which Muslims should stay away from. This social media also is used by some people to post useless information which have no benefit. Sometimes a person reveals his sins on the social media which is unnecessary.

Finally, before we can conclude that the social media can be an effective tool for da’wah, we also have to remind ourselves about the most important question namely how much time that we have spent on this social media. Are we missing our primary obligations and neglecting other important duties in Islam because we are spending excessive number of hours on this daily? In whole, definitely, this social media can be used as an efficient da’wah tool, but when it affects your duties and obligations it finally will lead to being something that is prohibited or even haram to use.

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَاتِ.

اللّهُمَّ انْصُر مَلِكَنَا، يَغ دِفرتوأن بسر نضري سمبيان دار الخصوص، توأنكو مُخرِز ابن المرحوم توأنكو مُنوِّروأَيِّدهُ وَوَفِّقْهُ لِماَ تُحِبُّهُ وَتَرضَاهُ، وأَبِد بِوُجُودِهِ مَكَايِدَ أَهلِ الظُّلمِ وَالكُفرِ وَالخِذلاَنِ،

اللّهُمَّ ارْزُقِ العَوْنَ والتَوفِيق، داتوء كلانا فِترا، داتوء حاج مبارك ابن ضحاك -المَعرُوف بأُندَغ لُوأَق سُوغَاي أُوجُوغ، وأَيِّدهُ وَوَفِّقْهُ لِماَ تُحِبُّهُ وَتَرضَاهُ، بِحُرمَةِ مَن أَرسَلْتَهُ لِلْعَالَمِينَ رَحمَةً وَبُشْرَى، وَدَاعِياً إِلَى الله بإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُنِيراً.

Ya Allah, Engkau berkatilah Universiti Sains Islam Malaysia serta warganya. Jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa mendapat hidayah, rahmah kesihatan dan kelapangan, serta jauhkanlah kami daripada bala-bencana dan ancaman wabak mudarat serta penyakit al-wahn. Sesungguhnya Engkaulah tempat kami memohon dan mengharapkan pertolongan.

بّنَا لاَتُؤَاخِذْ نَا إِنْ نَسِيْنَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلََى اّلذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبّنَا وَلاَ تًحَمّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ رَبَنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النّارِ. والحمد لله رب العالمين

أقيموا الصلاة…

Best Regards
ZULKIFLI HASAN


  • With Sheikh Dr. Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Hezegovina, in Sarajevo.

  • Leave a Reply

    SUBSCRIBE

    Get the latest posts delivered to your mailbox:

    Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support