Belanjawan Madani 2026: Islam Terus Subur di Malaysia

Gema Palestin di Sidang ASEAN: Malaysia Desak Hentikan Kezaliman di Gaza
October 14, 2025
Digitalisasi Kuatkan Keadilan Perundangan Syariah – YB TMA
October 14, 2025
Gema Palestin di Sidang ASEAN: Malaysia Desak Hentikan Kezaliman di Gaza
October 14, 2025
Digitalisasi Kuatkan Keadilan Perundangan Syariah – YB TMA
October 14, 2025
Show all

Belanjawan Madani 2026: Islam Terus Subur di Malaysia

Mendengar perbahasan Belanjawan 2026. Sudah meneliti dan membaca Belanjawan yang dibentangkan juga analisis dari pakar dan penganalisis. Alhamdulillah, mendapat maklum balas yang baik dari penganalisis-penganalisis ekonomi dan sektor korporat.

Berminat juga untuk membaca Belanjawan Alternatif dari pembangkang sekiranya ada. Saya pernah menulis sebuah artikel ringkas pada 2013 mengenai perbandingan Belanjawan Negara dan Belanjawan Alternatif di sini.

Saya merumuskan bahawa Belanjawan 2026 ini sekali lagi menunjukkan komitmen dan keazaman kerajaan Madani untuk memastikan Islam terus subur dan mekar di Malaysia.

UMUM

  • 2 ayat al Quran dirujuk iaitu (Surah al-Isra’ 17:26-27) dan Surah al-Taubah (9:18).
  • 1 petikan Buya Hamka (Tasauf Moden) dan 1 puisi Muhammad Haji Salleh.
  • Bajet 470 bilion ringgit berbanding RM452 bilion tahun lalu.
  • Sejak di bawah MADANI, berjaya memperoleh hasil rampasan dan kutipan penalti hampir RM15.5 bilion.
  • Pembentangan belanjawan ada menyentuh harapan terhadap usaha damai rundingan antara Hamas dan Israel dan kemerdekaan Palestin.

MARTABAT SYIAR ISLAM

  • Syiar Islam terus tertegak peruntukan Belanjawan 2.6 bilion ringgit. Peningkatan RM600 juta berbanding 2025.
  • Prasarana sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz ditambah baik termasuk penggantian peralatan pengajian usang di institusi pondok berdaftar disediakan RM150 juta.
  • 720 anak-anak tahfiz akan dibekalkan latihan kemahiran profesional melalui GiatMARA.
  • Institusi masjid terus diimarah sebagai pusat komuniti. Anugerah Masjid Malaysia dan.m Konvensyen Masjid akan dilaksanakan.
  • Penganjuran Majlis Sama’ Hadis 2026.
  • Yayasan Restu dan JAKIM mencetak 1 juta naskhah al-Quran ke dalam 30 bahasa utama dunia.
  • MUSHAF MADANI program tadabbur al-Quran di peringkat nasional dan membangunkan Kompleks Madinatul Quran di Putrajaya.
  • Had pengeluaran KWSP untuk menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada RM10,000 ketimbang RM3,000. Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan Haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta.
  • Sumbangan khas 500 ringgit bagi menghargai khidmat 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta.
  • Majlis TVET Negara menerima 45 juta ringgit bagi menerapkan ilmu teknologi digital dan AI kepada 10 ribu pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.

PENERAJU EKONOMI ISLAM

  • Merintis model pembiayaan berasaskan perkongsian risiko seperti musyarakah dan murabahah sertakaedah pembiayaan campuran (blended finance).
  • Labuan IBFC menjadi Hab Kewangan Islam Digital. Inisiatif Global Tokenisasi Sukuk bagi mendigitalkan sukuk. Sukuk Iklim bagi pembiayaan projek hijau serta pemberian dividen kewangan berbentuk kredit karbon.
  • iTEKAD dana padanan 35 juta ringgit.
  • UDA Holdings Berhad menerajui pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang melalui Projek Taman Wakaf Seetee Aisah Fasa 2 dan Fasa 3 serta Taman Sultan Sallehuddin Fasa 1B dan 2B dengan nilai pelaburan hampir 250 juta ringgit.
  • Sukuk wakaf tunai berinovasi tokenisasi akan diperkenalkan bagi membiayai keperluan kritikal termasuk pendidikan khas, pusat autisme serta fasiliti rawatan paliatif di Malaysia.

EKOSISTEM HALAL

  • JAKIM mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, Halal Development Corporation menggalakkan pematuhan halal.
  • SME Bank menawarkan pembiayaan khusus kepada PMKS halal dengan dana berjumlah 100 juta ringgit.
  • SJPP meningkatkan jaminan Kerajaan bagi pembiayaan PKS halal sehingga 2 bilion ringgit ketimbang 1 bilion ringgit.
  • Membangunkan Taman Industri Halal Perak di daerah Manjung dengan kos 124 juta ringgit.

OKU

  • Bantuan hampir 1.4 bilion ringgit akan disalurkan untuk OKU kronik terlantar, OKU tiada upaya bekerja dan Elaun Pekerja OKU.
  • Menubuhkan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) di Semenanjung. Operasi PPA akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak untuk manfaat 13 ribu OKU autisme dan keluarga.
  • Prasarana komited menyediakan 100 buah van mobiliti khas untuk memudahkan pergerakan golongan OKU.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan pemeriksaan dan pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan berterusan bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun ke bawah dinaikkan kepada 10 ribu ringgit ketimbang 6,000 ringgit.

LAIN-LAIN

  • Pendidikan Percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA, dengan peruntukan 120 juta ringgit setahun.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support