
Usrah Madani Bersama Syeikh Majd Makki di Sikamat, Negeri Sembilan
May 16, 2025






















Madani terus mendunia. Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi yang cemerlang ke Moscow, di mana pertemuan turut dibuat dengan Presiden Vladimir Putin di Kremlin.
Pertemuan PMX-Putin berlangsung dalam suasana persahabatan berteraskan kepercayaan dan sikap menghormati. PMX turut menerima kawalan kehormat rasmi sejurus tiba di Moscow.
Ini merupakan penghormatan pertama diberikan kepada seorang perdana menteri Malaysia dalam tempoh hampir 20 tahun, di mana kali terakhir diberikan kepada Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2007. Penghormatan ini melambangkan detik penting dalam hubungan dua hala Malaysia-Rusia.
PMX turut mengadakan sesi meja bulat bersama pemimpin industri utama Rusia, disusuli pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin.







PMX juga mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin bagi membuka ruang mempererat hubungan antara komuniti Islam serta meneroka kerjasama dalam pendidikan, pensijilan halal dan dialog antara budaya.
Pertemuan dengan Mufti Besar Rusia itu bertujuan mempereratkan ukhuwah antara komuniti Islam Malaysia dan Rusia yang merentasi sempadan geografi dan kepelbagaian budaya, di samping memperkukuh hubungan dengan lebih 25 juta umat Islam di Rusia.
Sebagai rekod, Rusia mempunyai 2 Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf secara rasmi oleh JAKIM. PMX sentiasa meninggikan Syiar Islam dalam lawatannya ke luar negara, dan ini dibuktikan dalam pertemuan dengan Mufti Besar Rusia tersebut.






Kedudukan strategik Malaysia yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara menjadi semakin penting dalam persaingan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Justeru, adalah penting untuk kita sama-sama memperkukuh perpaduan yang kita miliki agar tiada ruang untuk diganggu gugat oleh sesiapa pun. Dengan masyarakat yang bersatu padu, kita dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan lebih lestari untuk Malaysia tercinta.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾