
YB TMA Hadiri Mesyuarat JK Pemandu bagi Kepengerusian ASEAN, di KLCC
May 7, 2025
Usrah Madani Bersama Syeikh Majd Makki di Sikamat, Negeri Sembilan
May 16, 2025YB TMA Hadiri Mesyuarat JK Kabinet Pembangunan Belia; Rasmikan Multaqa Sarjana Islam di DBP









Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia dipengerusikan YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa & Wilayah. Alhamdulillah, agenda belia yang menyeluruh dan holistik melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.
Global Youth Development Index (GYDI) mencatatkan Malaysia menduduki tangga ke-35 daripada 183 negara pada tahun 2023 berbanding tangga ke-50 daripada 181 negara pada tahun 2020. Pada peringkat ASEAN, Malaysia menduduki tangga ke-2 berbanding tangga ke-3 daripada 10 negara pada tahun 2016.


















Saya penuhi undangan merasmikan Multaqa Sarjana Islam di Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa & Pustaka , Kuala Lumpur. Perbincangan yang dimulakan bersama DBP sebelum ini diikuti dengan pelaksanaannya. Gembira dapat bertemu para tokoh akademik, pejuang bahasa serta sahabat-sahabat saya yang budiman dari pelbagai universiti seluruh negara.
Seramai 50 orang sarjana pengajian Islam UA/IPTS dan penerbit buku hadir dalam wacana penerbitan buku sebagai asas pengembangan ilmu ini. Tahniah DBP dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Saya pernah mengetuai projek penghasilan Kompendium Maqasid al-Shariah dengan kerjasama DBP. Ketika itu, saya berpeluang bekerja rapat dengan Almarhum Ustaz Dr. Siddiq Fadzil yang merupakan penasihat kepada projek tersebut – inisiatif IDE dan UNISEL. Bahasa Jiwa Bangsa! ✊









Saya turut adakan pertemuan berkala dengan Mufti Wilayah Persekutuan yang budiman, Sahibus Samahah Prof. Madya Ustaz Datuk Dr. Luqman Abdullah. Banyak perkara yang kami bincangkan.
Bahagia dan tenang bila berada dengan tokoh ilmuwan yang alim dan tawadhuk seperti Ustaz Dr. Luqman. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala mempermudahkan segala urusan beliau dalam memandu ummah ke arah kebenaran dan keadilan.





