
YB TMA Hadiri Mesyuarat JK Kabinet Pembangunan Belia; Rasmikan Multaqa Sarjana Islam di DBP
May 9, 2025
Madani Terus Mendunia: Lawatan Kerja PMX Ke Rusia Berlangsung Cemerlang
May 16, 2025










Alhamdulillah, Ziarah Ilmiah Syeikh Majd Makki diteruskan, kali ini bersama para jemaah Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat, Negeri Sembilan. Dalam Usrah Madani yang membawa tema “Panduan Hidup Masyarakat”, Syeikh Majd Makki yang juga tokoh ulama tersohor dalam bidang tafsir dan hadith, mengupas Tadabbur Surah Al-Hujurat
Syeikh Majd memuji kecintaan umat Islam Malaysia terhadap ilmu, bacaan dan penulisan al-Quran, serta seni bina masjid yang mempersonakan. Beliau turut menghargai usaha rakyat Malaysia mendalami tafsir beliau, khususnya Surah al-Hujurat dan al-Kahfi, serta mengamalkan zikir al-Ma’thurat — tanda cinta terhadap zikir dan ukhuwah merentas bangsa.
Semasa ucapan, Syeikh Majd memuji amalan bacaan al-Mathurat. Syeikh menceritakan asal usulnya iaitu himpunan zikir dan wirid diambil daripada Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam yang disusun oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Imam Hassan al-Banna menyusun risalah al-Mathurat ini daripada Wazifah Zaruqiyyah karya Imam Ahmad Zarruq. Syeikh menasihatkan amalan zikir ini mesti disusuli dengan ta’lim dan tarbiyah. Di Malaysia, antara yang terlibat mempopularkan zikir al-Mathurat dan sistem Usrah adalah guru saya, Almarhum Ustaz Dr. Razali Nawawi sewaktu menjadi Presiden ABIM Pusat.



Syeikh Majd juga sentiasa memakai kopiah Malaysia Madani sepanjang program dan kuliah. Beliau turut menyampaikan penghargaan rakyat Syria atas keprihatinan dan bantuan rakyat Malaysia. Semoga hubungan ini terus terjalin demi manfaat bersama.
Usai kuliah Usrah Madani, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan belanja Syeikh makan durian. Luar biasa, Syeikh dan isteri bukan sahaja suka durian tetapi juga masak lemak tempoyak!
Syeikh beritahu durian adalah ‘ghanimah al-safar’.
Syeikh Majd sangat merendah diri dan tawadhu’ sehingga disenangi semua. Ribuan jemaah datang menghadiri kuliah dengan suasana sungguh meriah.







Selepas Usrah Madani oleh Syeikh Majd Makki, saya dan YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan sempat menyantuni keluarga Almarhum Muhammad Ma Yee Fat. Almarhum merupakan seorang muallaf berusia 67 tahun yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7:30 malam semalam.
Keluarga Almarhum ketika itu sedang menunggu pengurusan jenazah di sana. Urusan pengebumian telah disempurnakan oleh Pusat Dakwah dan JHEAINS; dan keluarga Almarhum menunggu di perkarangan Masjid.
Sempat berbual dengan keluarga dan menyampaikan ucapan takziah. Suasana penuh harmoni, saling memahami dan menghormati walaupun berlainan agama.
Dato’ Seri Aminuddin menyantuni keluarga ini dengan penuh adab dan akhlak. Kewujudan bersama mengiktiraf dan meraikan kepelbagaian secara damai dan harmoni.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾