1,000 Jemaah Solat Jumaat Bersama PMX & YB TMA di Putrajaya

MALAYSIA LETAKKAN STANDARD BAHARU KEPENGERUSIAN ASEAN
October 26, 2025
Satu Hati, Riadah Madani: Perlawanan Persahabatan Kemanusiaan #IhsanUntukPalestin
October 28, 2025
MALAYSIA LETAKKAN STANDARD BAHARU KEPENGERUSIAN ASEAN
October 26, 2025
Satu Hati, Riadah Madani: Perlawanan Persahabatan Kemanusiaan #IhsanUntukPalestin
October 28, 2025
Show all

1,000 Jemaah Solat Jumaat Bersama PMX & YB TMA di Putrajaya

Alhamdulillah, mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Quddus, Presint 16, Putrajaya bersama lebih 1,000 jemaah – disambut oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor. Turut hadir, Mufti Agung Mesir, Syeikh Prof. Dr. Nazir Mohammed Ayyad. Saya sempat beramah mesra dan bergambar dengan jemaah selepas solat.

PMX juga menerima memorandum daripada gabungan 16 NGO utama diketuai Presiden ABIM, Sdra. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, yang menyokong langkah kerajaan dalam kerjasama ASEAN–AS sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Memorandum itu turut menyeru Malaysia terus berperananan sebagai pusat keamanan serantau, menyuarakan solidariti terhadap Gaza, dan menegaskan komitmen negara dalam mempertahankan keadilan serta kemanusiaan global.

Sdra. Fahmi menegaskan bahawa mereka menyokong sepenuhnya pendirian tegas PMX – di mana laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak boleh dihalang, dan pembangunan semula wilayah tersebut perlu dilaksanakan segera.

Rakyat Palestin berhak untuk menikmati kemerdekaan serta maruah sebagai sebuah negara berdaulat mesti terus dipertahankan. Jangan berhenti berdoa untuk Palestin. 🤲🇲🇾🇵🇸

Hasbunallahu wa ni’mal wakīl, ni’mal mawlā wa ni’mal naṣīr.

Dewan Rakyat tidak bersidang hari Jumaat. Hanya bersidang Isnin-Khamis; melainkan Pembentangan Belanjawan yang diadakan pada hari Jumaat selepas Asar.

Peruntukkan ruang masa untuk adakan pertemuan dan perbincangan penting di pejabat saya di Kompleks Islam Putrajaya. Terus kerja; demi umat!

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support