
Satu Hati, Riadah Madani: Perlawanan Persahabatan Kemanusiaan #IhsanUntukPalestin
October 28, 2025
YB TMA Rasmikan Pidato Celik Madani Peringkat Kebangsaan 2025, Anjuran YADIM & KPM
October 28, 2025









Saya menyampaikan Ucaptama di Kongres Ulama dan Ilmuwan Malaysia di UNISZA, Terengganu. Dapat bertemu dengan guru saya semasa di UIAM, Prof. Dato’ Dr. Haji Zulkifly bin Muda yang merupakan mantan Mufti Terengganu dan kini berkhidmat di Sultan Sharif Ali Islamic University, Brunei.
Alhamdulillah, lebih kurang 700 peserta hadir memeriahkan kongres kali ini. Program yang sangat baik dan perlu diperluaskan lagi. Tahniah penganjur!















Alhamdulillah, seramai 23 orang siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Mizan, Kuala Besut menerima watikah pelantikan mereka sebagai anggota Rakan Siswa YADIM (RSY) pada 25 Oktober 2025.
Saya sampaikan watikah tersebut ketika program “Wacana Minda Madani: Amanah Keguruan” di institut tersebut. Saya ambil ruang untuk memberi pemahaman secara tuntas dan berhikmah kepada siswa guru berkenaan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya tahan serta berperadaban tinggi berteraskan nilai Islam menurut konsep Malaysia Madani.
Pengisian kepada siswa guru juga menyentuh kerangka pemikiran ummatik yang menjadi salah satu misi bagi menjayakan agenda Malaysia Madani.
Hadir sama ialah Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan, Dr. Haji Ahamad Rahim, pengurusan kanan institut tersebut, Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Ustaz Farisul Islam Fakhrul Adabi, siswa guru serta pegawai-pegawai YADIM.
Dalam kepadatan jadual, saya ambil ruang untuk melawat Galeri Malaysia MADANI di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, sebelum mendengar taklimat di Studio Tarannum di kampus tersebut.









Seperti biasa, jika ada waktu terluang saya ajak pasukan saya singgah minum di warung atau gerai. Kali ini, saya belanja cendol di Warung Cendol Lemak Manis di Kuala Terengganu. Berkebetulan ada program di UNISZA dan IPGM Kampus Sultan Mizan, Terengganu.
Bagus adik penjual Warung Cendol Lemak Manis ni. Anak muda berniaga dan berdikari. Cendolnya pun memang sedap. Moga terus maju jaya, insya-Allah! Terus kerja; demi umat!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
📸 Sunan (Media YB TMA)





