
Lebih 1,500 sertai Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan 2026
March 1, 2026
IFTAR DI ISTANA PERAK, MUHASABAH BUAT JIWA
March 15, 2026




















Alhamdulillah, pada 22 Februari 2026, Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) diserikan dengan peluncuran Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan – cetusan idea PMX sendiri, demi mendekatkan anak muda dengan masjid melalui sinergi JPM (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS).
Paling menyentuh hati, nasihat PMX kepada cucu-cucunya selepas Subuh berjemaah: hormati semua orang, hatta pekerja kebersihan. Beliau memetik kisah Abdullah ibn Umm Maktum dalam Surah ‘Abasa – teguran Allah Subhanahu wa-Ta’ala tentang adab dan kemuliaan insan.




















Bila pemimpin berbicara soal adab, itu bukan biasa-biasa. Terima kasih kepada JAKIM, YB Mohammed Taufiq Johari dan semua yang menjayakan.
Terus kerja. Terus bina jiwa. Bila anak muda dan masjid disatukan, insya-Allah besar impaknya.

























Alhamdulillah, sebelumnya pada 16 Februari 2026, saya dan pasukan JPM (HEA) berbesar hati menghadiri dan menyempurnakan Majlis Pra Peluncuran Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan bersama YB Taufiq di Menara KBS.
Kerjasama strategik JPM (HEA) bersama KBS ini bukan sekadar program bersama, tetapi satu usaha menyatukan kekuatan – membina generasi muda yang berjiwa besar, berakhlak dan berperanan.














Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan 1447H bakal digerakkan di lebih 113 daerah seluruh negara, melibatkan pengisian berteraskan aktiviti keagamaan dan kesukarelawanan. Anak muda bukan hanya hadir ke masjid, tetapi menjadi penggerak kebajikan dan ejen perubahan masyarakat.
Anak muda adalah harapan ummah. Jika masjid hidup dengan kehadiran mereka, insya-Allah masa depan agama dan negara lebih terjamin. Terus kerja. Terus bina generasi.











Dari masjid ke masa depan belia yang gemilang. Terdahulu, saya dan pasukan JPM (Hal Ehwal Agama) mengadakan pertemuan bersama YB Taufiq Johari di Menara KBS, membincangkan usaha untuk menyubur roh kerohanian dalam pembangunan belia – menerusi Rakan Muda.
Pertemuan ini diatur bagi menyahut hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) untuk mewujudkan jawatankuasa belia pada peringkat masjid dan surau, sebagai platform pembangunan generasi muda.
Dengan semangat #MadaniMembantu, masjid diangkat bukan sekadar tempat ibadah, tetapi nadi komuniti – membina sahsiah, jati diri, kesihatan mental dan gaya hidup sihat, selari aspirasi Malaysia MADANI.














Membangun adab, membina negara. Belia dibimbing. Masyarakat dimakmurkan.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
#SebarkanSalam#KitaKawan
#MadaniBekerja#MadaniMembantu
📸 Shafiq (Media YBM HEA), Media YADIM & Media KBSMalaysia





