DAMAI JALAN KITA, PERPADUAN MATLAMAT KITA

SIMFONI RAMADAN 2026 DI KOTA KINABALU, SABAH
March 15, 2026
MISI HILAL: DETIK PENENTU SYAWAL
March 20, 2026
SIMFONI RAMADAN 2026 DI KOTA KINABALU, SABAH
March 15, 2026
MISI HILAL: DETIK PENENTU SYAWAL
March 20, 2026

DAMAI JALAN KITA, PERPADUAN MATLAMAT KITA

Saya menyokong kenyataan YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim (PMX), yang menegaskan kepentingan usaha perdamaian sebagai asas perpaduan negara.

Usaha ini dizahirkan melalui sesi pertemuan selama 4 jam NGO Melayu dan India menerusi program Harmoni MADANI di PICC, yang mencerminkan kematangan rakyat dalam menolak perpecahan dan memperkukuh keharmonian antara kaum.

Perdamaian tidak melemahkan prinsip perjuangan, sebaliknya menambah nilainya. Justeru kita semua mesti menghormati kedaulatan undang-undang, tatkala bersama-sama memastikan kepentingan Islam di Malaysia terus terpelihara dengan keadilan yang ditegakkan sewajarnya.

Rundingan ini menjadi langkah penting ke arah Malaysia yang lebih aman, tanpa tunduk kepada tekanan, sambil kekal berpegang kepada prinsip dan menyerahkan keputusan kepada proses mahkamah secara matang – tanpa mencetuskan perpecahan.

Dalam Islam, keamanan atau kedamaian itu menjadi tunggak penting dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara. Lebih 40 kali “salam” dan makna kedamaian disebut dalam al-Quran.

Dan setiap kali selesai solat, Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam mengajar kita doa:
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha damai, dari-Mu bersumber kedamaian dan kepada-Mu kembali kedamaian. Hidupkanlah kami dalam kedamaian, dan masukkanlah kami ke syurga, negeri yang penuh kedamaian.” 🤍

Ramadan bukan sekadar tahan lapar. Ia latihan jiwa – menaikkan tingkat takwa. Berdamai bukan tanda lemah. Itu tanda kuat, matang, dan ikut sunnah. Berjiwa besar, buka ruang dialog, cari titik tengah – itulah jalan yang Allah Subhanahu wa-Ta’ala redha. Malaysia perlukan lebih ramai yang tenang dan beradab, tapi tegas dan berprinsip.

Perdamaian dan berjiwa besar tidak sedikitpun mengurangkan atau mencacatkan nilai sebuah perjuangan, bahkan ia akan menambah nilai dan meningkatkan darjat perjuangan itu sendiri. Kita semua mesti menjunjung prinsip akauntabiliti dan integriti tanpa kompromi.

Bersama-sama kita perjuangkan untuk kepentingan Islam di Malaysia terus terpelihara, dengan keadilan yang sentiasa ditegakkan sewajarnya. Hasbunallah wanikmal wakil ni’mal maula wanikman nasir.

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support