
DAMAI JALAN KITA, PERPADUAN MATLAMAT KITA
March 20, 2026
100 ʜᴀʀɪ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ ᴀɢᴀᴍᴀ: ᴍᴇɴɢᴇᴍᴜᴅɪ ᴘᴇʀᴜʙᴀʜᴀɴ ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴘᴇʀᴅᴀɴᴀ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ (ʜᴀʟ ᴇʜᴡᴀʟ ᴀɢᴀᴍᴀ)
March 30, 2026





MISI HILAL: DETIK PENENTU SYAWAL
29 lokasi seluruh Malaysia… mata memandang langit, hati berharap pada ketentuan Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Saya dan pasukan JPM (Hal Ehwal Agama) di Menara Kuala Lumpur, bersama juga wakil dari International Muslim Centre Japan – semua berkumpul demi satu momen: melihat tanda kebesaran-Nya.
Alhamdulillah… keputusan telah diumumkan. 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026, setelah pengisytiharan rasmi dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Dalam pada itu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat (20 Mac). Istana Diraja Arab Saudi mengumumkan bahawa Mahkamah Agung telah memutuskan hari terakhir Ramadan di negara itu jatuh pada Khamis (19 Mac), manakala 1 Syawal disambut pada Jumaat.
Sementara itu, Istana Presiden UAE turut membuat pengumuman serupa yang menyatakan Khamis merupakan hari terakhir bagi bulan suci Ramadan di negara berkenaan. Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Qatar turut mengumumkan Khamis sebagai hari ke-30 dan terakhir bagi bulan Ramadan, manakala Aidilfitri jatuh pada Jumaat.



Tapi sebelum kita sibuk raya… ingat, Ramadan belum habis lagi. Ini peluang kita untuk perbaiki solat, gandakan doa dan kejar pengampunan Ilahi. Jangan jadi orang yang hanya sibuk sambut raya, tapi lupa nak tutup Ramadan dengan taubat dan ibadah kepada-Nya. Jom solat!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniBekerja #MadaniMembantu
📸 Shafiq (Media YBM HEA)





