10,000 HADIRI SOLAT HAJAT KEAMANAN SEJAGAT DI MASJID PUTRA

IFTAR DI ISTANA PERAK, MUHASABAH BUAT JIWA
March 15, 2026
#MADANImembantu: MAIWP peruntuk lebih RM1 juta, bantu 6,650 mahasiswa pulang beraya
March 15, 2026
IFTAR DI ISTANA PERAK, MUHASABAH BUAT JIWA
March 15, 2026
#MADANImembantu: MAIWP peruntuk lebih RM1 juta, bantu 6,650 mahasiswa pulang beraya
March 15, 2026
Show all

10,000 HADIRI SOLAT HAJAT KEAMANAN SEJAGAT DI MASJID PUTRA

10,000 HADIRI SOLAT HAJAT KEAMANAN SEJAGAT DI MASJID PUTRA

Usai Mesyuarat Jemaah Menteri Khas di Pejabat Perdana Menteri, langkah diatur menuju rumah Allah – Masjid Putra, Putrajaya. Di sinilah hati kembali tunduk, mengingat bahawa sebesar mana pun urusan dunia, kita tetap hamba yang bergantung sepenuhnya kepada-Nya.

Selesai menunaikan Solat Jumaat, kami bersama-sama 10,000 jemaah menadah tangan dalam Solat Hajat Khas, memohon agar Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengurniakan keamanan buat Asia Barat dan seluruh dunia.

Solat Hajat Khas ini digerakkan atas insiatif pasukan saya di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dengan tujuan mendoakan kesejahteraan negara kita dan seluruh dunia.

Di saat dunia bergolak, orang beriman memilih untuk berdoa – mengumpul kesatuan hati dan jiwa. Di saat dunia bergolak, kita kembali kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Moga segala konflik dan peperangan dihentikan, moga darah yang tertumpah diganti dengan rahmat, dan moga dunia kembali mengenal erti aman dan ihsan. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Turut berkesempatan bertemu sahabat lama, Syeikh Dr. Mizanur Rahman Azhari, tokoh pendakwah dari Bangladesh yang diikuti jutaan manusia. Kami berkongsi satu alma mater – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – tempat yang membentuk fikrah dan perjuangan.

Perjalanan masih panjang. Doa tidak boleh berhenti. Kerja untuk ummah mesti diteruskan. Terus kerja. Terus berkhidmat.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniBekerja #MadaniMembantu

📸 Shafiq (Media YBM HEA) & Bernama

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support