IFTAR DI ISTANA PERAK, MUHASABAH BUAT JIWA

PMX Rasmikan Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan
March 1, 2026
10,000 HADIRI SOLAT HAJAT KEAMANAN SEJAGAT DI MASJID PUTRA
March 15, 2026
PMX Rasmikan Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan
March 1, 2026
10,000 HADIRI SOLAT HAJAT KEAMANAN SEJAGAT DI MASJID PUTRA
March 15, 2026

IFTAR DI ISTANA PERAK, MUHASABAH BUAT JIWA

Alhamdulillah, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Agama dan Imam di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

DYMM Sultan Nazrin sememangnya dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat – santun dan sentiasa prihatin terhadap pelbagai lapisan masyarakat. Baginda sering berangkat mendekati rakyat, menampilkan teladan kepimpinan yang adil dan berakhlak tinggi.

Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku.

Di kesempatan ini, dapat bertemu dengan sahabat-sahabat lama termasuk yang sama-sama pernah belajar di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar (MIKK).

Teringat semasa zaman belajar dahulu. Kami bermain bola sepak di padang tepi pagar Istana Perak. Selalu juga bola tersepak masuk dalam kawasan Istana. Ketika bersekolah dulu, ada peluang beberapa kali masuk ke Istana untuk majlis Tahlil dan bacaan Yaasin. Namun yang paling menggembirakan waktu itu, pastinya apabila dapat makan di Istana.

Begitulah hidup. Dari padang kecil zaman pelajar, Allah Subhanahu wa-Ta’ala atur langkah hingga kembali ke tempat yang sama – tetapi dengan amanah yang berbeza. Ramadan mengajar kita satu perkara: hidup ini bukan tentang kedudukan, tetapi tentang keberkatan.

Ayuh kita manfaatkan baki Ramadan ini dengan memperbanyak amal, memperbaiki hati, dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Islah Ramadan. Islah – memperbaiki diri.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniBekerja #MadaniMembantu

📸 Sunan (Media YBM HEA)

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support