
Majlis Perasmian Penutup Kem Kefahaman Malaysia Madani UniKL MIIT
February 26, 2025
Kerajaan Madani komited teruskan agenda reformasi institusi – PMX
March 3, 2025

Alhamdulillah, saya dan agensi turun ke beberapa buah negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kelantan bagi menyampaikan bantuan persekolahan. Bantuan yang diberikan di setiap kawasan pada era Kerajaan Madani ini membuktikan pemerintah prihatin dengan bebanan keluarga; dalam menyediakan sejumlah kewangan buat anak anak pada permulaan musim persekolahan. Keprihatinan Kerajaan Madani itu terserlah apabila sebelum sekolah dibuka, dua bantuan lain iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga telah diberikan kepada rakyat memerlukan.
Bantuan ini merupakan inisiatif Kerajaan Madani bagi meringankan tanggungan ibu bapa terutamanya golongan B40 dalam membuat persiapan kembali ke sekolah untuk anak-anak pada tahun ini. Insentif ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka untuk membeli kelengkapan sekolah seperti baju, kasut, dan beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.
Bantuan kelengkapan persekolahan bernilai sebanyak RM175 seorang kepada murid sekolah rendah dan menengah itu untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian pendidikan terutama mereka yang kurang bernasib baik.





































Pada 9hb Februari 2025 (Ahad), saya menghadiri dan merasmikan Program Jom Ke Sekolah 2025 anjuran Yayasan Taqwa – Majlis Agama Islam Wilayah Perskeutuan (MAIWP) dengan kerjasama YADIM Pahang, JPN, PPD, dan SMK Seri Tualang, Temerloh. Turut hadir sahabat sealumni saya di AIKOL UIAM, YB Tuan Mohd Fadzli Mohd Ramly.
Alhamdulillah, dengan semangat #MadaniMembantu, seramai 500 penerima bantuan awal persekolahan berupa pakaian sekolah serba lengkap bernilai RM175 seorang. Program Jom Ke Sekolah ini dilaksanakan di seluruh Malaysia inisiatif Yayasan Taqwa dengan kerjasama agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan lain-lain.
Selain Bantuan Awal Persekolahan yang diberikan kerajaan, Program Jom Ke Sekolah ini adalah inisiatif tambahan meringankan sedikit keperluan persekolahan anak-anak bagi sesi 2025. Dapat berinteraksi sebentar dengan guru-guru dan ibubapa serta anak-anak. Semua nampak ceria dan anak-anak pun kelihatan bersemangat untuk ke sekolah dengan pakaian, kasut, beg dan tudung serba baru.
Terima kasih Yayasan Taqwa, YADIM Pahang, JPN, PPD, SMK Seri Tualang dan semua yang terlibat menjayakan Program Jom Ke Sekolah kali ini. Dari habiskan masa untuk berbalah dan bertikai khususnya di media sosial, lebih baik kita fokus buat kebaikan sedayanya. Moga jadi amal soleh.











Selepas Pahang, meneruskan lagi Program Jom Ke Sekolah 2025, kali ini di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 11hb Februari 2025 (Selasa). Seramai 500 murid menerima kelengkapan sekolah bernilai RM175 seorang. Terima kasih Yayasan Taqwa – MAIWP yang melaksanakan inisiatif #MadaniMembantu ini.
Program kali ini mendapat kerjasama Pertubuhan Kuala Pilah Madani, ABIM Kuala Pilah, JPPKK dan aktivis komuniti Kuala Pilah. Semua nampak ceria dan gembira. Anak-anak ini datang dan mengukur sendiri saiz kasut, baju, seluar, kain dan tudung.
Saya sempat bergurau dengan anak-anak yang mencuba saiz kasut mereka. Mereka mendapat semuanya baru-baru belaka termasuk beg dan kelengkapan sekolah lain. Ramai sungguh yang hadir dan penganjur turut menyediakan makanan dan minuman kepada yang hadir.
Dalam ucapan, saya sempat berpesan dan memohon kepada semua hadirin agar mendoakan Malaysia terus aman, stabil dan makmur. Bila aman dan stabil, bolehlah ekonomi berkembang dan lebih banyak insentif yang boleh diperkenalkan untuk manfaat rakyat.
Malaysia pada hari ini sudah menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Namun, ia memerlukan usaha lebih kuat dan sokongan semua untuk terus mendunia.
Seronok dapat berbual dengan anak-anak, ayah dan ibu yang datang beramai-ramai ke Program Jom Ke Sekolah kali ini.
















Pada 13hb Februari 2025 (Khamis), saya meneruskan lagi Program Jom Ke Sekolah 2025 dan kali ini di Batang Kali Selangor. Sebelum ini saya turun padang ke Temerloh, Kuantan dan Kuala Pilah bagi menyantuni masyarakat dan para pelajar sekolah serta IPT.
Di Batang Kali, dengan semangat #MadaniMembantu, seramai 500 murid menerima kelengkapan sekolah baharu. Program inisiatif Yayasan Taqwa – MAIWP ini diadakan dengan kerjasama YADIM Selangor, Penyelaras DUN, Pegawai Agama YAB MB, dan Ketua-ketua Kampung DUN Batang Kali. Alhamdulillah, jelas kegembiraan anak-anak dengan kelengkapan sekolah baharu.
Ayah dan ibu juga tumpang gembira. Kelengkapan sekolah yang disediakan adalah berkualiti dengan nilai RM175 seorang, untuk kesemua 500 orang penerima. Ada keluarga yang datang sendiri bertemu saya dan mengucapkan setinggi terima kasih atas bantuan ini. Saya mohon doakan kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia serta agar kerajaan dapat melaksanakan semua perancangan sebaiknya. Bila ekonomi dan politik stabil dan berkembang baik, lebih banyak bantuan boleh dipulangkan kepada rakyat.


































Pada 14hb Februari 2025 (Jumaat), usai menziarahi pusara ayahanda dan bonda tercinta di kampung halaman saya – Kampung FELDA Sungai Behrang, saya merasmikan Program Sentuhan Kasih Madani, Jom Ke Sekolah 2025 di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Dengan semangat #MadaniMembantu, seramai 500 murid sekitar Daerah Muallim menerima kelengkapan sekolah baharu bernilai RM175 setiap seorang.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, YB Salina Samsudin, Orang Besar Jajahan (OBJ) Muallim, Datuk Ir Dr Safri Kamal Ahmad, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim dan Tuan Adha, Timbalan Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah.
Terima kasih Yayasan Taqwa – MAIWP yang memberikan sumbangan dan Politeknik Sultan Azlan Shah, YADIM Perak dan ABIM Perak selaku penganjur program kali ini. Seronok dapat berinteraksi dengan anak-anak yang ceria dan gembira dengan baju baharu dan kelengkapan sekolah yang lain.
Semoga semuanya membesar sebagai anak yang bijak lagi cemerlang, duniawi dan ukhrawi. Terharu bila ada juga yang bawa buku-buku saya dan datang untuk mendapatkan autograf.



















Pada 16hb Februari 2025 (Ahad), saya berprogram di SK Sunggala, Port Dickson. Meraikan murid-murid majoriti anak-anak warga tentera menerima peralatan sekolah sumbangan Yayasan Taqwa – MAIWP. Port Dickson dikenali sebagai bandar Tentera Darat. Turut hadir, YB EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Linggi, Pegawai Memerintah Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja Kem Sunggala, Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, YDP YADIM Negeri Sembilan & Melaka dan Guru Besar SK Sunggala.
Alhamdulillah, ramai sungguh yang hadir. Seramai 290 murid menerima peralatan baharu sekolah. Seronok dapat berinteraksi dengan anak-anak dan ibu bapa, termasuk guru-guru yang bertugas. Terima kasih kepada Kelab Sukan & Rekreasi Komuniti Parlimen Port Dickson, YADIM Negeri Sembilan/Melaka, ABIM Port Dickson dan sokongan Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Pejabat DUN Linggi serta Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang. Secara khusus, tidak dilupakan jua Pegawai Memerintah Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja Kem Sunggala – ‘Home of the Black Beret’ atas keizinan program diadakan.











Selepas menyantuni anak-anak tentera di SK Sunggala, Port Dickson, saya selanjutnya meraikan anak-anak di SMK Pasir Panjang di kawasan yang sama pada tarikh yang sama. Nampak kegembiraan wajah anak-anak dengan baju, seluar, kain, tudung, kasut, beg dan peralatan persekolahan baharu bagi sesi persekolahan yang bermula Isnin.
Dengan semangat #MadaniMembantu, semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak memberi keceriaan dan motivasi kepada anak-anak untuk ke sekolah, insya-Allah. Saya kemudiannya mengadakan perbincangan dengan pegawai dan menyiapkan dokumen untuk persiapan ke Parlimen pula.





















Program seterusnya digerakkan melalui Majlis Program Jom Kembali Ke Sekolah 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong pada 22hb Februari 2025. Saya tidak dapat turun ke Kelantan, kerana tugasan rasmi lain di KUala Lumpur.
Seramai 300 pelajar kategori B40 daripada kedua sekolah menerima sumbangan daripada penaja utama, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama YADIM Negeri Kelantan, ABIM Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Kuala Krai, Majlis Gabungan Belia Kelantan, Polis Diraja Malaysia serta Persatuan Ibubapa Dan Guru kedua sekolah berkenaan.
Saya telah diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr. Johari Yap yang telah menyampaikan sumbangan berkenaan. Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai (Sektor Perancangan), Encik Muhammad Razali Majid, Yang Dipertua ABIM Kelantan, Encik Saiful Anuar Abd Hadi, Guru Besar SK Dabong, Encik Md. Zidee Yusmi Yusoff, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Kelantan, Encik Mohd Syahiran Muhammad dan Penolong Pengarah Kanan YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff, Tausiyah untuk program ini disampaikan oleh Pengerusi WADAH Kelantan, Ustaz Faisal Abdullah.






Selesai di Dabong, Program Jom Ke Sekolah 2025 yang turut melibatkan YADIM Negeri Kelantan diadakan pula di Tanah Merah, Kelantan pada 22hb Februari 2025. Seramai 300 pelajar daripada beberapa sekolah di jajahan ini menerima sumbangan barangan persekolahan dalam program ini. Sekali lagi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Johari Yap telah menyampaikan sumbangan untuk para penerima.
Hadir ke program ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah, Encik Mohd. Zaidi Mohd. Zin, Pengerusi Yayasan Mahsari Group Merangkap Penasihat Majlis Belia Jajahan Tanah Merah, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Pengetua Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Datuk Mahmud Paduka Raja (1), Encik Mohd Rozali Muda, Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Kelantan, Encik Mohd Syahiran Mohammad, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Tanah Merah, Encik Hafizul Nizam Abdullah, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Datuk Mahmud Paduka Raja (1) Haji Wan Ibrahim Wan Yusoff dan Penolong Pengarah Kanan YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam#KitaKawan
#SpreadPeace #WeAreOne