
JPM (HAL EHWAL AGAMA) KECAM PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN RATU CANTIK TRANSGENDER DI THAILAND
September 2, 2026SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026: MEMAKNAI PERJUANGAN DEMI KEABADIAN
31 Ogos 2026 (Isnin): Lebih 100,000 pengunjung meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya. Seawal 5:30 pagi, orang ramai sudah mula membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan kemeriahan sambutan hari ini.
Kemerdekaan bukanlah sebuah destinasi akhir, melainkan satu mata rantai perjuangan yang wajib diteruskan dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Menginsafi bahawa “perjuangan adalah pekerjaan untuk keabadian”, setiap titik peluh, bakti, dan pengorbanan yang kita taburkan demi nusa serta bangsa tidak akan sia-sia di sisi Allah ﷻ.
Kemerdekaan hakiki menuntut jiwa yang bangkit memartabatkan ilmu dan jatidiri, serta sentiasa membela keadilan demi kesejahteraan bersama.
Memaknai kebebasan tanah air ini menuntut kita memperkukuh ukhuwah bersama saudara setanah air dan menjadikan nilai ihsan serta integriti sebagai tunjang pembangunan negara. Syukur alhamdulillah, atas nikmat keamanan ini, dan marilah kita bulat tekad memelihara keharmonian Malaysia agar terus makmur di bawah naungan rahmat-Nya (Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur).

Before the nation, he is a leader. Before a child, he is simply human. Momen indah yang merentas usia – daripada warga emas, golongan muda, hinggalah anak-anak kecil, semuanya disantuni dengan penuh rasa kasih dan tawaduk.
Momen YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) mencium lembut dahi seorang anak kecil yang dihulurkan bapanya, adalah penzahiran jelas jiwa kepimpinan yang meletakkan kasih sayang serta ihsan sebagai tunjang utama.
Sentuhan kasih ini bukan sekadar lambang kepimpinan, tetapi cerminan jiwa yang sentiasa merendah diri di hadapan rakyat dan pencipta-Nya. Kepimpinan yang berteraskan ihsan dan pertimbangan nurani inilah yang memandu ikatan perpaduan tanah air dengan lebih utuh.
Semoga Allah ﷻ memelihara dan merahmati kepimpinan PMX, melindungi beliau daripada sebarang cercaan fitnah serta kejahatan, dan mengurniakan ketetapan untuk terus memimpin serta membawa reformasi kebajikan demi kemakmuran negara tercinta. Kepimpinan berteraskan ihsan, memacu kesejahteraan ummah.

Saya dan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada semua rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memelihara kesatuan dalam bingkai kepelbagaian sebagai saudara setanah air, demi Malaysia yang lebih aman, makmur dan sejahtera.
Kemerdekaan yang kita raikan perlulah dihargai dengan terus memupuk rasa syukur terhadap keamanan, perpaduan dan kesejahteraan yang kita nikmati bersama, insya-Allah. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. Fastabiqul khairat!
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam














