JPM (HAL EHWAL AGAMA) KECAM PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN RATU CANTIK TRANSGENDER DI THAILAND

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ MENERUSI PEMBUDAYAAN ILMU

August 24, 2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026: MEMAKNAI PERJUANGAN DEMI KEABADIAN

September 2, 2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ MENERUSI PEMBUDAYAAN ILMU

August 24, 2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026: MEMAKNAI PERJUANGAN DEMI KEABADIAN

September 2, 2026
Show all

JPM (HAL EHWAL AGAMA) KECAM PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN RATU CANTIK TRANSGENDER DI THAILAND

Kenyataan Media

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender yang berlangsung pada 30 Ogos di Bangkok, Thailand. Tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej negara di persada antarabangsa, malah bertentangan secara nyata dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan, serta nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.

2. Pihak JPM (HEA) menegaskan bahawa perbuatan menyerupai jantina berlawanan (tasyabbuh) serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram di sisi hukum Syarak dan dilarang di bawah perundangan Syariah di negeri-negeri. Penganjuran atau penyertaan dalam acara sedemikian tidak pernah mendapat sebarang sokongan, kebenaran, atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun Kerajaan Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, masyarakat dianjurkan agar tidak mensensasi atau mengagung-agungkan perkara yang menyalahi syariat, sebaliknya bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah. Pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan berasaskan perundangan yang sedia ada.

SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

1 September 2026 | 19 Rabiulawal 1448 Hijrah

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support