
YB TMA Santuni Anak-Anak Yatim Rumah Bakti al-Kausar, di Bangi
March 5, 2025
Buku Terbaharu YB TMA Kini Di Kinokuniya KLCC.
March 6, 2025







Alhamdulillah, sekali lagi sejarah terukir. Tahun lalu, Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan telah diluluskan. Semalam, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) membaca dan membentang Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 2025.
RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 antaranya akan meminda Perkara 56 dan Perkara 57 dengan memasukkan Fasal baharu (5A) dan meminda Perkara 65. Ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong; yang boleh dilantik – dalam kalangan atau bukan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.
Cadangan RUU ini adalah sangat signifikan bagi mereformasi dan memperkasa institusi serta penambahbaikan terhadap Parlimen. RUU Pindaan Perlembagaan ini akan diikuti dengan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen (PSA). Usaha yang berani dengan penuh keazaman oleh kerajaan ini bakal mengukir sejarah baharu Malaysia; khususnya mengenai pemerkasaan institusi Parlimen sebagai medium semak dan imbang kepada kerajaan.






Syukur, dalam masa setahun tiga bulan pengalaman di Parlimen, saya dapat menyaksikan dua kali Pindaan Perlembagaan. Pengalaman yang amat berharga. Tahun lalu, Pindaan Perlembagaan berkenaan warganegara menerusi sokongan majoriti dua pertiga dengan perkenan Majlis Raja-raja.
Dan kali ini, berkenaan Parlimen melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
•••
Keputusan undian RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025:
Jumlah Ahli Parlimen: 222
Setuju: 148
Tidak Bersetuju: 0
Berkecuali: 57
Tidak Hadir: 17
Mendoakan yang terbaik untuk Malaysia!




Seperti biasa, perbincangan mingguan bersama-sama para pegawai saya diadakan di Pejabat Parlimen; kerana Sesi Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara dijalankan serentak. Menyusun atur dan melaksanakan setiap perancangan dengan teliti dan rapi.
Jadual disusun padat dan kemas, bagi memastikan lebih ramai rakyat dan kawasan dapat disantuni. Ramadan sepatutnya bukan hanya menahan lapar dan dahaga; malahan menjadikan kita lebih produktif dan bersemangat untuk bekerja serta melakukan yang terbaik.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾