
YB TMA Hadiri Majlis Angkat Sumpah Senator Dr. Redzuan bin Othman
March 11, 2025
YB TMA Bertarawih Bersama Tan Sri Rashid Hussain Di Masjid Sri Sendayan
March 11, 2025






Alhamdulillah, turut serta dalam kunjungan hormat tuan-tuan guru dan alim ulama dari pondok serta madrasah di Kelantan; kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). PMX memaklumkan jemputan kepada tuan-tuan guru ini semasa Majlis Iftar Madani di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya semalam.
Alhamdulillah, pertemuan yang sangat bermakna penuh semangat ukhuwah. Saya saksikan bagaimana PMX menunjukkan adab dan akhlak yang baik; serta mendengar dengan penuh khusyuk dan tawadhu’ – pandangan serta nasihat yang diberikan oleh tuan-tuan guru.
Jelas nampak ketulusan dan keikhlasan tuan-tuan guru yang bersama-sama bersemangat untuk melihat Malaysia di bawah pimpinan PMX untuk terus aman, maju, makmur dan sejahtera. Malaysia Madani, ulama dan umara’ berpisah tiada.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾