Dakwah Bil Hikmah: PMX Nasihatkan Penyampai Era Jadi Ejen Perpaduan

YB TMA Bertarawih Bersama Tan Sri Rashid Hussain Di Masjid Sri Sendayan
March 11, 2025
YB TMA Perluas Jaringan; Bina Inisiatif Demi Rakyat MADANI
March 20, 2025
YB TMA Bertarawih Bersama Tan Sri Rashid Hussain Di Masjid Sri Sendayan
March 11, 2025
YB TMA Perluas Jaringan; Bina Inisiatif Demi Rakyat MADANI
March 20, 2025
Show all

Dakwah Bil Hikmah: PMX Nasihatkan Penyampai Era Jadi Ejen Perpaduan

Alhamdulillah, dakwah bil hikmah. Seiring dengan semangat Ramadan, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menasihatkan agar menjadi agen perpaduan. Seruan untuk menjadi ejen perpaduan, bukan ejen perpecahan, adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

Perpaduan adalah kunci kestabilan dan kemajuan Malaysia, sementara perpecahan pula membawa kepada ketidakstabilan sosial dan politik. Perpaduan bermula dengan budaya hormat menghormati – yang menjadi antara teras MADANI.

•••

Islam tidak pernah mengajar kita untuk tunduk kepada penghinaan dan penindasan. Namun, Islam juga mendidik kita untuk tidak menyebar fitnah dan kebencian. Ramadan sewajarnya mendidik dan melatih jiwa untuk mencapai makam takwa.

Mukmin yang bertakwa sentiasa melakukan kebaikan dan berakhlak mulia. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala di mana sahaja kamu berada dan balaslah keburukan dengan kebaikan dan berakhlak dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Bukan mudah untuk melakukannya iaitu membalas keburukan dengan kebaikan diiringi pula dengan ketinggian akhlak. Tapi itulah makam takwa yang kita semua dambakan. Terus fokus bekerja, beribadah dan beramal.

•••

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam#KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support