
Politik Adalah Sebahagian Dari Islam, Tapi Politik Kepartian Yang Sempit Memudaratkan
April 21, 2025
Belasungkawa Pak Lah: Perginya Bapa Pembangunan Modal Insan Negara
April 22, 2025















Luangkan sedikit masa untuk penuhi undangan ke beberapa buah majlis rumah terbuka Aidilfitri. Saya tampil di Majlis Rumah Terbuka Takaful Etiqa di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Selanjutnya, saya ke Majlis Rumah Terbuka Permodalan Nasional Berhad(PNB), di Kuala Lumpur Convention Centre.


Saya singgah sebentar ke Majlis Aidilfitri Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM di Kompleks Islam Putrajaya. Kemudian, terus bergegas ke Masjid Negara, untuk hadiri majlis pengebumian mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur.





Terdahulu, singgah sebentar meraikan Majlis Hari Raya anjuran KRT di kawasan rumah saya. Majlis sederhana tapi meriah. Seronok dapat berbual dengan otai-otai berpengalaman di sini sambil makan-makan pelbagai juadah Hari Raya.
Saya sampaikan sedikit sumbangan untuk aktiviti KRT. Moga diberkati segala usaha dan amal, insya-Allah.
















Saya juga hadir ke Majlis Hari Raya ADAB Youth Garage (AYG) di Bandar Baru Bangi, dan dapat beramah mesra dengan anak-anak AYG di sini. Sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan pedoman, buat anak-anak muda yang penuh idealisme dan giat dalam aktivisme mereka.
AYG adalah inisiatif sekumpulan anak muda hebat yang menggerakkan program dan aktiviti bersama anak-anak di PPRT dan kawasan-kawasan yang memerlukan. AYG kini sudah beroperasi di beberapa negeri. Saya ada terlibat dengan AYG menggerakkan inisiatif ini, khususnya di Negeri Sembilan.
Juga sempat beraya di Majlis Hari Raya WADAH di Anjung Rahmat, Sungai Merab. Dapat bertemu dengan tokoh-tokoh hebat dan berpengalaman luas, khususnya dalam dunia dakwah. Saya suka mendengar nasihat-nasihat senior-senior yang banyak memberikan panduan dan bimbingan.
Terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan jemputan. Amalan rumah terbuka menjadi satu kelaziman – bagi masyarakat Malaysia untuk mengeratkan silaturahim semasa musim perayaan.
Dalam keadaan apa pun, kesihatan mesti menjadi keutamaan, insya-Allah. Dalam kemeriahan rumah terbuka dan juadah yang pelbagai, sebaiknya kita berpada-pada dalam menikmatinya.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾




