
Madani Terus Mendunia: Lawatan Kerja PMX Ke Rusia Berlangsung Cemerlang
May 16, 2025
YB TMA Rasmikan Majlis Graduasi SM Sains Tuanku Munawir
May 19, 2025







Alhamdulillah, selesai Jaulah Ilmiah Syeikh Majd Makki di Malaysia. Lebih seminggu Syeikh di Malaysia dengan jadual kuliah dan hiwar serta pertemuan yang amat padat setiap hari.
Saya bertanya pada Syeikh, adakah berasa penat? Syeikh menjawab semakin bersemangat dengan sambutan hebat rakyat Malaysia yang mengikuti kuliah dan program bersama beliau.
Syeikh juga rajin berjalan kaki dari Masjid Besi ke Masjid Putra sebagai riadah santai. Dapat berbual dengan isteri Syeikh. Isteri Syeikh juga gembira dan kagum dengan Malaysia. Beliau maklumkan semuanya baik-baik, makanan sedap dan kagum dengan orang Malaysia kerana tidak berjumpa dengan seorang pun merokok sepanjang berada di Malaysia.
Ini berbeza dengan tempat lain seperti di Turkiye dan lain-lain. Saya dan lain-lain tersenyum kerana memang kami semua juga tidak merokok. Sebelum berangkat, Syeikh menyerah dan menghadiahkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dengan kitab tafsir beliau dan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan PMX. Saya menerima tafsir tersebut dan akan menyerahkan sendiri kepada PMX selepas ini.
Sebagai anak murid dan sahabat karib kepada Almarhum Syeikh Imam Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Majd Makki beberapa kali maklumkan, betapa sayang dan kasihnya Syeikh Yusuf al-Qaradhawi terhadap PMX – malahan menganggapnya seperti anak sendiri.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Syeikh Majd Makki atas ilmu, masa, bimbingan dan hikmah sepanjang berada di Malaysia. Mendoakan agar Syeikh dan keluarga diberi kesihatan, keselamatan dan keberkatan.
Syeikh Majd maklumkan, tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman (Halab/Aleppo, Syria) dan berkhidmat di sana setelah lama puluhan tahun berada di luar negara antaranya Arab Saudi dan Qatar. Syeikh segak bergaya memakai songkok. Sebelum ini mengenakan kopiah Malaysia Madani.




Saya juga menzahirkan penghargaan buat barisan anak muda yang yang bekerja keras siang dan malam menguruskan jaulah ilmiah Syeikh Majid Makki kali ini. Saya tidak punya ramai kakitangan, tetapi semangat dan minat luar biasa anak muda ini pada aktiviti keilmuan menjadi bekal dan inspirasi untuk meneruskan usaha pembudayaan ilmu.
Inisiatif penulisan, penerbitan, penterjemahan dan aktiviti keilmuan lain akan diteruskan lagi sebaiknya. Tahniah dan terima kasih atas budi dan bakti.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





