YB TMA Hadiri Kuliah Syeikh Majd Makki, di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya

YB TMA FC Berdepan Cabaran AIBIM FC di Putrajaya
May 19, 2025
YB TMA Aktifkan Rutin Kayuhan di Sekitar Putrajaya
May 20, 2025
YB TMA FC Berdepan Cabaran AIBIM FC di Putrajaya
May 19, 2025
YB TMA Aktifkan Rutin Kayuhan di Sekitar Putrajaya
May 20, 2025
Show all

YB TMA Hadiri Kuliah Syeikh Majd Makki, di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya

Saya kosongkan jadual untuk menghadiri kuliah tokoh ulama’ tersohor, asy-Syeikh Majd Makki yang mensyarahkan kitab tafsir beliau, “al-Muin ala Tadabbur al-Kitab al-Mubin”. Sempat mendengar tafsir kupasan surah-surah terpilih Juzuk Amma.

Semua peserta khusyuk mendengar kupasan dan huraian Syeikh Majd yang jelas dan mencerahkan. Syeikh Majd menghadiahkan tafsir beliau kepada saya dan mencatatkan pesanan penuh bermakna sebagai ingatan dan doa. Hujung minggu yang penuh bermakna bersama ulama hebat yang mesra, merendah diri dan tawadhu’.

Kemudian, saya iringi Syeikh Majd dan isteri melawat Kompleks Nasyrul Quran. Nasyrul Quran merupakan pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia (selepas Kompleks King Fahd di kota Madinah, Arab Saudi). Syeikh Majd kagum dengan usaha Malaysia menyebarkan al-Quran menerusi percetakan ini.

Syeikh Majd juga dimaklumkan mengenai projek YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang menggerakkan idea mencetak dan menyebarkan al-Quran di seluruh dunia – sebagai tindak balas kejadian membakar al-Quran di Sweden.

Setakat ini, beberapa al-Quran terjemahan telah siap dicetak dan diedarkan antaranya bahasa Sepanyol, Denmark, Perancis, Jerman, Hindi, Jepun, Hausa (antara bahasa utama di Afrika Barat) dan lain-lain.

Diiringi doa, moga Syeikh Majd Makki diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus menabur bakti dan budi.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support