
YB TMA Hadiri Perasmian #LIMA2025 di Langkawi, Kedah
May 22, 2025
YB TMA Rasmikan IIUM x Jobstore Career Fair di Taman Ilmu & Budi
May 29, 2025







Perbincangan bersama sahabat saya, Sdra. Ahmad Halabi daripada organisasi Rahma Worldwide. Kali ini, tidak dapat bertemu dengan Dr. Shadi Zaza, CEO Rahma Worldwide.
Rahma Worldwide merupakan organisasi kemanusiaan antarabangsa berpengkalan di Michigan, Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 2,000 petugas dan sukarelawan di seluruh dunia termasuk di Gaza.
Sdra. Ahmad Halabi menceritakan keadaan di Gaza yang begitu getir dan menyedihkan. Beliau juga berkongsi perkembangan terkini termasuk keperluan menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan kadar segera.
Dengan semangat kempen #IhsanUntukPalestin yang digerakkan oleh pejabat saya, kami berbincang panjang mengenai perkara ini.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾