ASEAN All-Stars Lawan Manchester United: Sukan Sebagai Penyatu

YB TMA Rasmikan Anugerah IDEA 2025; Iktiraf Usahawan Berorientasikan Prinsip Syariah
May 30, 2025
YB TMA Luncurkan 7 Buku Agama Terbitan DBP, di WTC KL
May 30, 2025
YB TMA Rasmikan Anugerah IDEA 2025; Iktiraf Usahawan Berorientasikan Prinsip Syariah
May 30, 2025
YB TMA Luncurkan 7 Buku Agama Terbitan DBP, di WTC KL
May 30, 2025
Show all

ASEAN All-Stars Lawan Manchester United: Sukan Sebagai Penyatu

Menerima undangan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak ASEAN All-Stars menentang Manchester United. Lebih 72,000 penonton hadir memenuhi Stadium Bukit Jalil, di mana perlawanan berkesudahan 1-0 menyebelahi pasukan ASEAN All-Stars.

Nampaknya, Manchester United masih belum berjaya mendapat apa-apa trofi untuk musim ini! Saya guna kesempatan ini juga untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Perlawanan ini menampilkan seni diplomasi berbeza, di mana dari meja rundingan ke padang bola, sukan menyatukan peminat bola sepak di sekitar Nusantara. Ia mencerminkan kepentingan semangat perpaduan serantau serta kerjasama antara 10 negara, termasuk dalam sukan.

Pada 1982 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pernah dihimpunkan pemain terbaik benua Asia dalam perlawanan Asian All-Stars menentang Brazil, berkesudahan Brazil menang, 3-0. 🇧🇷 Perlawanan antara Asian All-Stars dan Brazil ini turut dijalankan di Bangkok, Thailand. 🇹🇭

Di Kuala Lumpur, antara bintang Asia Tenggara yang beraksi untuk skuad Asian All-Stars ialah Supermokh (Dato’ Mokhtar Dahari), ‘The Spiderman’ R. Arumugam, ‘Towkey’ Soh Chin Aun, Hassan ‘Cucuk’ Sani dan Piyapong Pue-on (legenda Thailand).

Sementara itu, Manchester United pernah beberapa kali bertandang ke Malaysia iaitu: 1980 (menang 2-0 ke atas Sabah FA); 1981 (seri 0-0 dengan Malaysia); 1981 (menang 4-1 ke atas Selangor FA); 1995 (menang 4-1 ke atas Selangor FA); 2001 (menang 6-0 ke atas Malaysia); dan 2009 (menang 3-2 dan 2-0 ke atas Malaysia).

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support